Peristiwa di Subuh Hari

3 01 2010

Subuh tadi ketika isteri saya sedang Solat Subuh dan saya sedang melayan Syafi yang nak bangun pagi tiba-tiba terdengar suara orang meminta tolong. Saya ingatkan kanak-kanak di bawah rumah yang selalu main dan jerit tolong waktu petang hari rupa-rupanya ia memang sesuatu yang benar-benar berlaku apabila isteri saya mengatakan ada sepasang kekasih (rasanya) sedang bergaduh.

Si lelaki membelasah si perempuan dan menjerit-jerit marah tetapi selepas itu dia mungkin perasan yang ramai orang di atas apartmen sedang melihat kejadian tersebut lalu keadaan menjadi sedikit tenang.

Kemudiannya, lelaki tersebut terus mengekori perempuan tadi hingga ke hadapan JPJ Sri Permaisuri dan di situ keadaan agak gelap dan kelihatan si lelaki tadi menendang perempuan tadi beberapa kali sambil memarahi perempuan tersebut. Perempuan tersebut cuba lari namun lelaki tersebut berjaya menangkap perempuan terbabit.

Lalu betul-betul di kaki lima JPJ Sri Permaisuri, si lelaki terus galak membelasah si perempuan tadi dan kelihatan seperti mencekik perempuan tersebut. Akhirnya, perempuan tersebut kelihatan rebah. Saya dan isteri yang menyaksikannya tidak pasti apa yang berlaku dan kelihatan lelaki tersebut panik dan menjerit, “Tolonglah aku!”

Kemudian datang seorang lelaki seperti seorang Cina dan pekerja-pekerja kedai mamak dan kedai cuci kereta berhampiran membantu membawa si perempuan tersebut ke Klinik Mediviron yang terletak selang beberapa buah kedai. Hmmm… Lepas tu, saya dah tak tahu apa yang berlaku. Cuma saya dah maklumkan kepada seorang rakan yang juga wartawan sebuah akhbar. Mungkin depa akan buat laporan kalau ada nilai berita bagi mereka.

Memang tidak patut seorang lelaki yang kuat membelasah seorang perempuan yang lemah. Banyak pengajarannya di sini.

Macam mana mak bapa budak perempuan tersebut membiarkan anak gadusnya keluar sehingga lewat pagi?

Risau pula apabila saya berbual dengan seorang pengawal keselamatan selepas kejadian yang menceritakan tentang betapa seriusnya gejala sosial yang melibatkan gadis Melayu di apartmen saya dan kondo sebelah. Risau apabila mengenangkan saya dah ada dua anak perempuan dan kalau persekitaran terus tidak memberangsangkan, sudah tentu cabarannya amat hebat.

Sebab itu kini, cukup ramai Polis bertugas di sini, namun perkara-perkara jenayah masih berlaku dan terus menakutkan. Hmmm… Bila lah keadaan nak berubah?


Tindakan

Information

2 responses

3 01 2010
strengenge

fuh..apa dah jadi dengan kehidupan sekarang..

menakutkan.. para gadis mesti dibawah seliaan ibu bapa..

jgn balik leawy malam tnpa ketahuan

9 01 2010
+ duta +

+ polis +
mmm cuba tgk nisbah polis dengan penduduk… rasanya utk menjaga setiap penjuru masyarakat… tak menang tangan mereka. sebagai penduduk, sesuatu yg mencurigakan apa kata cepat laporkan kepada polis. moga dapat mengelak sebarang kejadian tidak diingini. apapun… hati2 dimana jua anda berada

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: