Harga Barang Naik

1 01 2010

Hmmm… Berita yang tidak gembira di Tahun baru ini.

Tadi ketika saya membeli gula dan roti, penjual tu habaq, “Bang, tengah malam sat lagi bukan harga gula ja naik, harga roti pun naik!”

“Berapa naik?” Tanya saya
“Tak pastilah berapa tetapi memang naik”
“ok,” kata saya sambil melihat harga roti tu.

Lepas ni kena banyak berjimat. Yang bagusnya ni lah masa terbaik untuk kurangkan penggunaan gula. Saya pun dah dapat info yang harga gula akan dinaikkan dan saya pun dah beli untuk simpanan terlebih awal sebelum ni.

Kenaikan ini juga akan menjadi satu alasan peniaga makanan untuk menaikkan harga makanan dan minuman. Cuma anehnya ada minuman yang kurang gula tetapi harganya lebih mahal. Secara logiknya patut lebih murah sebab ramuannya berkurang. Hmmm…

Apa pun kenalah pandai menyesuaikan diri dan mencari jalan terbaik menjimatkan kos…

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Tindakan

Information

3 responses

2 01 2010
mergong pirate

ini lah hadiah tahun baru dari sang pemerintah kepada rakyat jelata

3 01 2010
Ninja

Saya pun terkejut pagi tadi , segelas teh O panas yang selalu di minum berharga 8 kupang dinaikkan kepada seringgit. Tak logik langsung sekilo naik 2 kupang , dia pun nak 2 kupang bagi setiap gelas. Sedangkan segelas teh O cuma guna tak lebih dari 2 sudu gula. Mamak cukup melampau..

3 01 2010
Saiful Azrul

mergong pirate,
Sepatutnya ada satu mekanisme untuk pemerintah mengekang perkara ini. Memang harga barang di pasaran dunia akan naik tetapi bagaimana mekasnisme untuk meningkatkan pendapatan rakyat selari dengan kenaikan kos.

Ninja,
Memang mamak tu keterlaluan, dalam segelas tu berapa gram gula yang digunakan. kalau nak bawak naik, mamak tu kena naikkan ikut gram bukan harga sekilogram. Memang ambil kesempatan betul…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: