Cahaya Mata Kedua

4 09 2009

Alhamdulillah…

Pagi yang cukup bersemangat bagi saya. Pada bulan Yang Mulia dan di pagi Jumaat yang berkat ini, saya telah dikurniakan satu lagi cahaya mata perempuan.

Alhamdulillah setelah isteri saya merasa sakit-sakit pada petang semalam, selepas berbuka, saya hantar Syasya ke rumah rakan sekerja saya Gan dan Jue. Mulanya Syasya tak mahu tetapi terpaksa tinggalkan juga. Alhamdulillah Syasya ok selepas itu.

Selepas dimasukkan ke wad Gynae 2 (Wad Berlian) kira-kira jam 10 malam, saya terus menanti di pejabat saya (Pejabat di Hospital. Tak pa. Hehehe…) sambil melayari internet dan berdoa.

Selang beberapa ketika, saya akan telefon atau SMS isteri. Cuma bila sampai jam 2 pagi, isteri saya dah tak tertahan-tahan dah tetapi doktor pelatih tu maklumkan baru buka 3cm walaupun isteri saya rasa macam dah buka banyak. Waktu ke PAC pun dah 2cm. Selepas seorang jururawat tengok setelah isteri saya dah tak tahan sangat, rupanya dah terbuka 7cm. Apa lagi terus dikejarkan ke Bilik Kelahiran (Labour Room).

Sebaik menerima panggilan isteri, terus saya bergegas ke Bilik Kelahiran. Tak sampai lima minit, Alhamdulillah bayi perempuan berjaya dilahirkan. Cuma pada saat-saat ini, saya bayangkan kalau saya di tempat isteri saya, tak tahulah saya dapat tahan atau tak. Betapa besarnya jasa seorang ibu yang bertarung hidup mati untuk melahirkan zuriatnya. Bergenang air mata saya melihat betapa sukarnya saat saat itu walaupun ia berlaku agak pantas.

Sambil memberi kata-kata perangsang saya sentiasa mencium isteri saya untuk memberi sedikit kekuatan agar saat-saat sukar itu dapat diharungi dengan penuh ketabahan dan semangat.

Terima kasih kepada semua tenaga kerja di Bilik Bersalin yang menjadikan saat-saat itu sungguh bermakna. Sempat saya beri salam kepada bayi saya itu dan kemudiannya bila saya bacakan iqamat. Anak saya menangis kerana kesejukan lalu saya letak semula dalam katil bayi yang dilengkapi dengan pemanas agar bayi tidak kesejukan.

Alhamdulillah… Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan-MU

InsyaAllah amanah yang cukup berat ini akan cuba dipikul agar Keredhaan-MU terjelma.

Terima kasih semua yang memberikan dorongan dan semangat.

Alhamdulillah…

Ni Syasya tak tau lagi dia dapat adik. Saya nak pi ambik Syasya pulak lepas ni. Ngantuknya tak tidur lagi…


Tindakan

Information

6 responses

4 09 2009
mohammadfarizzudin

boon,
anak menakan no 3 ni
nama apa??

8 09 2009
Shaukhi

Syafi Hana

4 09 2009
Ummi Amani

Salam…
Alhamdulillah…akhirnya. Tahniah ya,Aidilfitri nanti tambah meriah. Kalau boleh biarlah setiap kelahiran anak disaksikan sendiri supaya lebih menghargai pengorbanan seorang isteri dan ibu.

5 09 2009
Helmie

Tahniah Ustaz…

6 09 2009
amANI

Tahniah Saiful.

Dah 2 anak perempuan. Kena ambik petua sedikit sebanyak ni.

Moga isteri dan bayi tiada apa-apa mesalah dan cepat cergas kembali.

18 09 2009
Saiful Azrul

mohammadfarizzudin,
Syafi Hana.

Ummi Amani,
Terima kasih. Benar, memang saat-saat itu harus sama-sama diharungi oleh seorang suami agar lebih mengerti tentang pengorbanan seorang isteri/ibu.

Helmie,
Thanks🙂

Amani,
Petua, tak tau lah apa petuanya. Saya pun kena belajaq dari Amani nak dapat anak lelaki. Hehehe…

Shaukhi,
Thanks sebab menjelaskan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: