Debaran Demi Debaran…

3 09 2009

Kalau diikutkan Doktor di klinik yang saya dan isteri kunjungi tarikh jangkaan isteri saya bersalin adalah pada 03 September 2009 iaitu hari ini. Namun kalau ke HUKM Doktor jangka 11 September 2009. Saya pula jangka hujung Ogos 2009. Jadi sejak minggu lepas bila isteri saya rasa sakit, saya ingat jangkaan saya dah tepat. Lepas tu dah tak sakit dah.

Isnin lepas isteri saya mengadu sakit, ingat kot baby dah nak keluar lepas tu ok sahaja. Isteri saya sekarang masih lagi cergas ke sekolah mengajar dan juga kalau hari cuti, memang dia ajak jalan merata-rata sebab nak cepat bersalin sampaikan saya yang tak larat. Hehehe…

Hari ni, saya dapat panggilan dari isteri memaklumkan dia dah mula rasa sakit lebih dari biasa. Nampaknya saya kena berjaga-jaga. Isteri saya masih lagi komited berpuasa sehingga hari ini walaupun sarat mengandung. Memang kuat semangatnya nak terus berpuasa.

Tapi dalam hati saya rasa macam dah dekat dah sebab kesakitan yang isteri saya maklumkan tu, rasanya macam dah dekat ja nak bersalin. Doakan semuanya selamat, InsyaAllah…


Tindakan

Information

4 responses

3 09 2009
anese

Sy pun waktu pregnant dulu..awal2 tu tak minat sgt nak jln sbb mabuk22 bila akhir2 rase nak berjalan ke sana ke mari ajerr..haha..para bapa pula mengelabah tgk kita rileks…tak saiful yang penting siapkan segala kelengkkapan baby dan mamanya semasa kat hospital n masa nak keluar nnt..masa nak pi jenjalan jgn lupa bwk beg tu ..mana tau kan…teringat kisah cikgu sekolah sy yang sakit nak bersalin masa jamuan akhir thn kat hotel..kelam kabut dibuatnya…haha!!

3 09 2009
Ummi Amani

Salam…
Orang tua kata berjalan banyak senang bersalin tapi sakit bersalin tetap terasa sakit. Sabarlah ya kalian bertiga. Kalau dah memang sampai masa ditentukan keluar juga baby melihat dunia. Asalkan baby dengan mom sihat tiada masalah kita tunggu saja. Insya-Allah dipermudahkan segalanya…amin.

4 09 2009
saifulazrul

Anese,

Kelengkapan memang wife saya yang prepare awal-awal. Saya cuma angkut ja. Hehehe… La ni wife dah masuk wad dah. InsyaAllah semuanya berjalan lancar… Amin…

4 09 2009
saifulazrul

Ummi Amani,

Thanks… InsyaAllah semua berjalan lancar… Setakat ni doktor check semuanya ok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: