Jalinan Kasih

1 08 2009

Tempohnya cuma lebih kurang tujuh bulan. Namun ikatan yang terjalin sudah cukup erat hinggakan saya sendiri terasa betapa eratnya jalinan yang telah terjalin. Itu antara perasaan saya terhadap hubungan Syasya dan gurunya yang bakal kembali ke negara asalnya.

Ketika mula, saya menghantar Syasya ke tadika, saya agak terkejut kerana seorang guru Syasya tidak boleh berbahasa Melayu. Saya terfikir, rakyat Malaysia jenis apa tak tahu berbahasa Melayu. Rupanya beliau bukan dari Malaysia.

Mulanya saya risau, takut-takut sukar untuk Syasya. Namun setelah lama memerhati, saya lihat Syasya cukup selesa dengan dua orang guru yang mengasuhnya iaitu seorang guru Melayu dan guru yang saya maksudkan di atas. Saya ringkaskan sebagai Teacher L.

Kedua-dua guru inilah yang saya lihat benar-benar menjaga Syasya dengan baik. Setelah guru berbangsa Melayu itu ditukarkan ke cawangan lain, ada pengganti iaitu seorang cikgu India Muslim tetapi saya masih melihat Teacher L sebagai yang paling serasi dengan Syasya. Mungkin juga Syasya adalah murid yang paling muda di tadika tersebut.

Saya seronok dengan keadaan itu walaupun ada perbezaan dari segi budaya, agama dan lain-lain tetapi semua itu dihormati sebaik mungkin dan minggu lepas saya terima mesej dari isteri saya bahawa Teacher L akan kembali ke negara asalnya. Waktu itu Syasya sudah beberapa hari tidak ke tadika. Hari Jumaat Syasya bersama saya ke Pulau Pangkor sehingga hari Ahad.

Hari Isnin Syasya demam dan tidak ke tadika. Hari Selasa, demam Syasya masih belum benar-benar sembuh tetapi saya dan isteri terpaksa hantar ke tadika kerana saya ada simulasi MyHIX di Cyberjaya dan isteri pula bertugas. Bila sampai di tadika, Teacher L maklumkan bahawa minggu ini adalah minggu terakhir beliau bertugas dan beliau amat rindukan Syasya. Kalau Syasya tak datang juga, beliau nak telefon saya suruh hantar juga Syasya. Saya rasa terharu dalam keadaan sedemikian.

Ketika mengambil Syasya petang itu, Teacher L mencium Syasya sepuas-puasnya. Saya rasa betapa beratnya nak pisahkan seorang penjaga Syasya yang cukup dedikasi. Teacher L maklumkan kepada saya, yang komputer dan handset beliau dipenuhi oleh gambar Syasya kerana Syasya baginya amat istimewa.

Bila Syasya balik rumah, saya ceritakan kepada Syasya tentang perpisahan tetapi Syasya memang tidak mengerti tentang perpisahan. Syasya masih lagi terlalu kecil untuk memahami erti perpisahan. Dia tidak tahu yang Teacher L akan kembali ke negaranya yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

Kemudian, atas menghargai jasanya, isteri saya bertungkus lumus menyediakan sedikit kenangan sebagai tanda perpisahan dan semalam adalah hari terakhir Teacher L di tadika tersebut dan ketika saya ambil Syasya pada petangnya, Teacher L agak terkejut sebab saya ambil Syasya awal. Beliau seolah tidak puas bersama Syasya dan mencium serta mendukung Syasya sepuasnya. Nampak seolah beliau cukup terharu dan berat meninggalkan Syasya.

Bila saya bertanya, mengapa nak balik ke negara asal, beliau maklumkan yang beliau sudah mendapat kerja di sebuah bank dan akan cuba balik bercuti di Malaysia jika ada masa lapang. Hmmm… Terasa betapa eratnya erti kasih sayang walaupun ada perbezaan yang cukup besar!

p/s: Kuiz tanpa hadiah. Apakah negara asal Teacher L?


Tindakan

Information

17 responses

1 08 2009
AJ

Filipina

1 08 2009
amANI

India.

1 08 2009
saifulazrul

AJ,

Salah…

Amani,

Salah…

3 08 2009
Kie1211

India. Sbb org india ada di malaysia… xpun cina sbb orng cina ada di malaysia… sbb dari ayat tu kata mcm orng malaysia yg xtahu berbahasa melayu… So malaysia terdiri drp kaum melayu, cina, india dsbnya….
😀

3 08 2009
saifulazrul

Kie1211,

Salah jugak…

3 08 2009
Kie1211

jawapannya ialah Thailand

3 08 2009
Kie1211

“Syasya masih lagi terlalu kecil untuk memahami erti perpisahan. Dia tidak tahu yang Teacher L akan kembali ke negaranya yang beribu-ribu kilometer jauhnya.”

Thailand dekat la pulak

3 08 2009
Kie1211

xda hint lain ka?

3 08 2009
saifulazrul

Kie1211,

Thailand pun salah…

Hint negara yang agak bergolak.

3 08 2009
adik din

palestin
betul tak???

3 08 2009
saifulazrul

Adik Din,

Salah jugak, nasib baik tak boh Iraq… Hai masih ramai yang gagal meneka. Hint seterusnya akhiran negara itu ialah huruf ‘A’.

4 08 2009
kie1211

mongolia

4 08 2009
adik din

china kut…

4 08 2009
saifulazrul

Kie1211,

Salah.

Adik Din,

Salah jugak…

Last teka… Nak habaq jawapan dah kalau last tekaan salah jugak… Kalau bagi hadiah pun best sebab ramai tak dapat jawab. Hehehe…

5 08 2009
adik din

indonesia??

6 08 2009
Kie1211

Uganda

7 08 2009
saifulazrul

OKlah…

Jawapannya adalah SRI LANKA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: