Selamat Menyambut Isra' Mikraj

20 07 2009

Kalau di Kedah, hari ni cuti. Cuti sambutan Isra’ Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab setiap tahun Hijrah.

Isra’ Mikraj adalah satu peristiwa yang cukup mendalam pengertiannya dan begitu banyak pengajarannya. Suatu kisah yang menguji betapa kentalnya kepercayaan sahabat-sahabat nabi untuk menerima  kenyataan yang kalau difikirkan secara logik akal, memang tidak tercapai. Namun kekentalan iman menjadikan sahabat-sahabat nabi membenarkan peristiwa tersebut terutamanya Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Kalaulah kita hidup pada ketika itu, apakah kita juga akan berfikiran sama?

Kini kisah Isra’ Mikraj mula dipertikaikan oleh segolongan Umat Islam yang berfahaman Islam Liberal. Mereka lupa bahawa betapa terbatasnya kekuatan akal manusia dan hanya berdasarkan kepada logik akal semata-mata. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya.

Jumaat lepas di Masjid An-Najihin, khutbah tentang perjalanan Rasulullah ini, disingkap sekali lagi. Peristiwa Rasulullah melihat seksaan-seksaan kepada manusia yang melakukan tegahan Allah diceritakan kembali. Andai didengar dengan hati yang luhur, pastinya kegerunan terhadap azab Allah akan timbul sekaligus membawa diri kita kembali bermuhasabah tentang hakikat kehidupan kita.

Sejauh mana sudah kita melaksanakan misi kehidupan kita dan adakah matlamat kehidupan kita betul?

Sama-sama kita fikirkan dan renung kembali. Mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaat.

p/s: Jumaat lepas SPB Yang Dipertuan Agong, solat di Masjid An-Najihin, Sri Permaisuri.


Tindakan

Information

One response

28 12 2009
Paydaymen

Thank you for a good story, I really enjoyed your blog. Be sure to give a link to your friends!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: