Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

20 07 2009

Sehingga kini, saya masih terasa kehilangan. Kehilangan data-data yang cukup berharga dari hosting yang saya sewa. Hingga hari ini sudah lebih kurang 17 hari servis tersebut down.

Perasaan kecewa memang ada dalam diri saya. Saya menghubungi rakan saya yang menjadi reseller webhosting ini dan beliau dapatkan maklumbalas daripada syarikat tersebut namun Syarikat tersebut tidak melayan panggilan dan email beliau.

Rakan saya pernah bercakap dengan boss Syarikat tersebut. Dia dimaklumkan yang data dalam System Hard Drive memang tidak dapat diselamatkan akibat masalah elektronik. Namun yang menjadi masalah utama ialah simpanan back up itu telah difromat oleh salah seorang juruteknik. Hasilnya juruteknik tersebut telah dibuang kerja.

Kini satu-satunya cara ialah melalui recovery software namun ia hanya mampu mengembalikan data tetapi semuanya telah bercampur aduk antara pemilik. Pihak syarikat tidak dapat kenalpasti folder sebenarnya. Aduh! Memang menyeksakan.

Apa yang perlu saya lakukan?

Saman?

Sedihnya hilang banyak data berharga dan dua forum yang saya ‘host‘kan di tapak saya. Syarikat ini adalah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia. Pastinya terjejas imej UTM kalau isu ini masuk media. Buat masa ni, ramai pelanggan yang masih memberi masa.

Bagi saya, kehilangan data-data dan tulisan lama saya memang cukup menyedihkan.

Apa yang perlu saya Lakukan?


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: