Jawa kah?

19 07 2009

Khamis lepas, saya terima SMS daripada isteri saya yang memaklumkan ada panggilan dari nombor 016-93871**. Dah enam missed call kata isteri saya.

Untuk makluman, saya ada dua nombor telefon dan dua telefon bimbit. Satu nombor Celcom yang memang sentiasa aktif dan satu lagi nombor Happy yang hanya aktif pada waktu tertentu seperti malam perlawanan bolasepak yang melibatkan Kedah.

Biasanya nombor Happy ini, saya tinggalkan di rumah. Waktu rehat tengahari, saya balik ke rumah dan lihat telefon bimbit saya. Lalu saya dail tetapi tidak diangkat.

Hmmm… Mungkin salah nombor agaknya tetapi mengapa sampai enam kali missed call?

“Tak apalah,” detik hati saya. Lalu tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Bila saya lihat, ia adalah nombor yang saya maksudkan tadi.

Saya diam sahaja kerana, saya tertanya-tanya siapa pemanggil tu tiba-tiba kedengaran suara pemanggil itu, “Mas, Mas!”

“Mas? Mas mana ni?” Soal saya kehairanan.
“Mas Acik, Mas Acik!” Katanya lagi.
“Saya bukan Mas, Saya Saiful,” jawab saya.
Kemudian kedengaran dia jawab lebih kurang begini (maaf saya tak faham maksudnya dan mungkin ejaan saya salah), “Apa kejowo mas ni, bla…bla..bla”

“Awak dah salah nombor ni!” Lantas talian terputus.

Saya menarik nafas lega dan berehat kembali. Kemudian telefon berdering lagi. Nombor yang sama. Dalam hati saya berkata, “Apa lagi?”

“Mas, Mas”
“Saya bukan Mas, Saya Saiful!” Tegas saya.
“Saiful mana?” Soalnya, eh, boleh pulak cakap Bahasa Melayu biasa!
“Saiful Azrul”
“Duduk mana?”
“Kuala Lumpur,” jawab saya ringkas. Sengaja saya bagi jawapan yang umum.
“Orang mana?”
“Orang Kedah”

“Macam mana Orang Kedah duduk Kuala Lumpur?” Soalnya. Aduh, apa yang mamat ni nak? Soal saya dalam hati.
“Saya memang orang Kedah, kerja di Kuala Lumpur, awak dah silap nombor”  lalu dia memutuskan talian.

Saya terus berehat. Tiba-tiba ada mesej masuk. Dari nombor yang sama. Dalam hati saya bertanya, “Apa lagi?”

Lalu saya baca mesejnya. Langsung saya tak faham. Bunyinya begini “Pyan golek musota aq muslimin wong ujung pangka seng”

Apa maksudnya?

Jawakah? atau lain?

Saya tertanya-tanya… Ada sesiapa yang tahu?


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: