Belasungkawa – Dato' Paduka Haji Ahmad Basri Akil

15 07 2009
Gemersik suara desir dedaunan membisik kan ke jiwa
Melagukan cerita bersama airmata
Berakhirnya sebuah perjalanan
Aku pun tertanya kiranya
Ada noktah berakhir darimu
Lalu aku termenggu
Teringat bait yang dulu
Tiap yang mula pastikan berakhir
Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Hingga hanya suara batinnya
Ku cari cinta selain darinya
Namun tiada yang serupa
Ku harus terima kau tiada pengganti
Tuhan lebih menyayangi
Makinku cuba pendamkan kisah lama
Makin terasa kau disisi
Pahit dan manis kisah kau dan aku
Hanya kita saja yang tahu ooo…….
Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Aku rindu suara batinmu

Hanya Kita Yang Tahu

Gemersik suara desir dedaunan membisik kan ke jiwa
Melagukan cerita bersama airmata
Berakhirnya sebuah perjalanan
Aku pun tertanya kiranya
Ada noktah berakhir darimu

Lalu aku termenggu
Teringat bait yang dulu
Tiap yang mula pastikan berakhir

Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa

Setahun sudah berlalu pemergianmu
Hingga hanya suara batinnya

Ku cari cinta selain darinya
Namun tiada yang serupa
Ku harus terima kau tiada pengganti
Tuhan lebih menyayangi

Makinku cuba pendamkan kisah lama
Makin terasa kau disisi
Pahit dan manis kisah kau dan aku
Hanya kita saja yang tahu ooo…….

Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Aku rindu suara batinmu

Jay Jay & Allycats

Hari ni genap setahun pemergian Arwah Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri Akil. Seorang lagenda pembangunan bolasepak Malaysia dan Kedah. –Al-Fatihah-

Suatu kehilangan yang cukup besar buat industri bolasepak negara.

Setahun yang lalu, saya menerima panggilan daripada seorang sahabat baik saya, Ustadenapio yang memaklumkan berita yang cukup mengejutkan hati. Saya seolah-olah terpaku memikirkan apakah ia suatu gurauan atau suatu jenaka. Mana mungkin soal kematian menjadi jenaka dan saya cukup kenal dengan sahabat baik saya ini.

Seolah-olah tidak percaya, saya terus cuba untuk percaya. Terus saya hubungi sahabat baik arwah Dato’ Basri iaitu Dato’ Shukri Hashim yang mengesahkan berita pahit tersebut. Hati saya seolah-olah direnggut dan jantung seolah-olah berhenti berdegup. Pemergian Dato’ Basri adalah tidak langsung dijangka dan cukup mengejut kerana, saya agak kerap berSMS dengan arwah.

Akhirnya saya mula menerima hakikat. Ketika itu tanpa disedari saya mengalirkan air mata. Saya terbayang senyuman menawan dari lelaki berkulit hitam manis itu. Segala memori yang lepas kembali bersarang di fikiran. Saya langsung tidak dapat melakukan sebarang kerja tatkala talian telefon saya bertalu-talu menerima SMS dan panggilan yang bertanya dan mengirimkan ucapan takziah. Saya kelu tidak terkata namun hakikat kehidupan sebegitu. Kematian pasti menjelma.

Saya teringat bagaimana, saya mula mengenali Arwah. Sejak zaman kecil, saya cukup kagum dengan nama Ahmad Basri Akil kerana beliaulah yang mencetuskan fenomena dalam pembangunan bolasepak Kedah. Kedah mula bangkit menjadi gergasi bolasepak Malaysia setelah Arwah mula melakukan perancangan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada tahun 1984. Projek 90 yang dirancang Arwah mula berputik seawal tahun 1987 namun tiga kegagalan tidak menghalang projek 90 berjaya. Tahun 1990 Kedah berjaya memenangi buat kali pertama Piala Malaysia. Semuanya hasil perancanaan bijak dari arwah.

Langit tidak selalunya cerah. Akibat banyak janji yang tidak ditunaikan oleh mereka yang berjanji, Kedah jatuh merudum pada tahun 1991 namun ia tidak kekal lama kerana arwah berjaya memulihkan keadaan apabila Kedah berjaya bangkit pada musim 1992 dan seterusnya berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1993. Ketika itu projek 2000 sudah arwah mulakan dan nama-nama seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli adalah produk hasil buah fikiran arwah.

1994 adalah tahun pahit bolasepak Malaysia apabila cukup ramai pemain ditangkap rasuah hingga melumpuhkan banyak pasukan termasuk Kedah. Kedah terpaksa dibina kembali dan berjaya menjuarai Piala FA buat kali pertama pada tahun 1996 hasil jaringan Che Zambil Ahmad. Namun tahun 1996, masalah politik dalam Kedah mula mengganggu pasukan. Arwah menjadi sasaran ahli politik yang ada agenda tersendiri. Arwah ditekan hebat kiri dan kanan hingga pasukan merudum dan arwah menarik diri dari membantu pasukan bolasepak Kedah. Kata mereka arwah sudah tidak relevan.

Saya melihat dari jauh senario itu dan ketika di Universiti utara Malaysia dahulu, saya ada mengambil sains Sukan dan pengkhususan bolasepak. Saya diberi tugasan yang meminta saya menguraikan masalah bolasepak Kedah. Lalu isu sebegitu saya huraikan.

Tahun 2001, Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) mula bertapak di alam siber. Saya tanpa berlengah turut bersama dengan sahabat-sahabat yang mengasaskannya tetapi ketika itu saya masih belum benar-benar aktif dengan HKC. Setelah Presiden HKC dan Timbalan Presiden HKC memberi kepercayaan kepada saya untuk memainkan peranan penting dalam HKC, saya semakin mendekati arwah.

Tahun 2003 saya diperkenalkan kepada Arwah oleh seorang lagi mentor saya dalam bolasepak iaitu Pengurus Kedah ketika itu Dato’ Shukri Hashim. Langsung saya tidak menyangka seorang yang cukup sporting dan menerima sesiapa sahaja yang mahu memajukan bolasepak Kedah.

Ketika itu bolasepak Kedah dalam proses kebangkitan setelah ‘dimusnahkan’ oleh mereka yang mempunyai agenda sendiri dalam KFA. Arwah menjadi orang paling penting di sebalik tabir. Namun perasaan iri hati dan hasad dengki tidak pernah hilang. Melihatkan kebangkitan skuad Kedah, ada pihak yang cemburu dan mula menjatuhkan pasukan secara senyap. Akhirnya Dato’ Shukri meletak jawatan akibat gangguan itu. Akhirnya setelah mengaum hebat di Liga Perdana, Kedah tersungkur di Liga Super tahun 2004.

Melihatkan keadaan sebegitu, saya dan rakan di HKC mula mengatur langkah. Alhamdulillah memorandum kami kepada Tuanku Sultan Kedah mencapai matlamatnya dan beberapa pihak tersingkir dari KFA dan saranan kami agar DAB kembali menjadi mastermind KFA diterima.

Ketika itu, mereka yang busuk hati dalam KFA memandang sinis kepada arwah. Mereka cukup yakin Arwah tidak mampu mengubah keadaan pasukan kedah yang nazak ketika itu. Arwah terus melantik Coach Azraai untuk menerajui Kedah dalam saingan Piala Malaysia. Arwah membina semula pasukan Kedah dan akhirnya tahun 2004 dengan barisan pemain yang sama ketika Kedah di tangga terakhir Liga Super berjaya mara ke Final Piala Malaysia buat kali kelapan.

Nah, ia bagaikan satu kejutan buat mereka- mereka yang busuk hati. Bagaikan halalintar menyambar bumi, mereka terkejut dengan kebijaksanaan arwah membina pasukan. Sekali lagi nama arwah kembali bermain di bibir peminat Kedah. Banyak tips yang arwah berikan kepada saya dalam pembangunan bolasepak namun banyak sangat politiking yang menyebabkan banyak halangan melintang.

Tahun 2005, arwah secara rasmi bebsa dari hukuman FAM dan pada malam meraikan ‘kemerdekaan’ itu, air mata arwah menitis mengenangkan bahawa di saat-saat sebegitu, masih ramai yang menghargainya. Kami warga HKC yang bertungkus lumus menjayakannya terasa suatu kepuasan yang amat sangat.

Untuk memberi suatu makna yang signifikan smabutan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan Tuanku Sultan Kedah, arwah melakukan perancangan untuk memastikan Kedah merangkul Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada tahun 2008 namun hasilnya mula dituai setahun awal iaitu pada tahun 2007. Tahun 2008 tatkala perancangan arwah semakin hampir direalisasikan, arwah tidak sempat menyaksikannya kerana tanggal 15 Julai 2008, arwah kembali ke Rahmatullah. Namun impian dan perancangan arwah tetap terlaksana dengan Tiga Piala tersebut berjaya dirangkul oleh pasukan Kedah sekali lagi hingga berjaya menjadi Juara Double Treble.

Jelas dan nyata betapa, arwah merupakan mastermind bolasepak yang cukup hebat. Seringkali saya mendapat pandangan bernas daripada arwah tentang bolasepak Kedah dan negara. Banyak yang dapat saya pelajari. Arwah banyak mendedahkan kepada saya tentang bolasepak. Kadangkala terasa layanan Arwah kepada membuatkan saya rasa serba salah. Ketika di venue lawan, Arwah selalu mengajak saya bersama-sama beliau menemaninya di kawasan VVIP. Saya cukup segan kerana, saya bukanlah personaliti bolasepak yang dikenali.

Pandangan arwah terhadap bolasepak cukup kritis dan tidak sama dengan orang lain. Saya mula mempelajari sedikit demi sedikit ilmu bolasepak daripada beliau. Banyak juga tugasan biasa dan juga sulit yang beliau ajarkan kepada saya hingga saya berasa kalau arwah tidak diganggu ketika di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya yakin, bolasepak Malaysia sudah berada jauh di hadapan berbanding sekarang.

Ketika ini, saya masih lagi simpan nombor telefon Arwah dan SMS terakhir arwah kepada saya tentang aspek penghormatan pingat kebesaran buat pasukan Kedah. Selagi mana termampu saya simpan dalam telefon saya, saya akan simpan sebagai kenangan terakhir bersama arwah. Begitu juga salinan Sijil Kematian arwah yang saya simpan sebagai kenangan.

Arwahlah mentor bolasepak yang amat saya kagumi dan tak pernah lokek memberi idea. Saya pernah bertanya kepada arawah tentang bagaimana untuk memastikan pemain negara sentiasa di tahap terbaik dan idea yang arwah jawab memang cukup bernas namun pihak dalam FAM tidak mengendahkannya.

Sehingga saat ini, saya tidak dapat lupakan senyuman manis arwah yang sentiasa mengusik jiwa saya. Cukup pantas masa berlalu dan kini sudah genap setahun pemergian arwah.

Al-Fatihah…


Tindakan

Information

One response

23 07 2009
amANI

Saiful,

ada baiknya merencana idea-idea dari DAB itu dalam bentuk salinan keras atau salinan dokumen komputer. Kalau-kalau semua atau sebahagian itu boleh diambil pakai buat perencana bolasepak masa akan datang. Mungkin sekarang pemimpin bolasepak sedia ada tak ambik kisah, tapi mungkin pimpinan lain yang mengambil alih ingin mencuba.

Tak salah juga kalau Saiful join sekali sesi brainstroming yang FAM pernah anjurkan satu masa dulu. Kalau2 ada lagi sesi sedemikian di masa hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: