Kepelbagaian Pemikiran

20 05 2009

Setiap kali saya menghadiri mesyuarat, saya sering melihat kepada bagaimana ahli mesyuarat yang lain berfikir. Apa yang saya fikirkan memang tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan. Kadangkala ia jauh melangkaui apa yang saya fikirkan. Inilah hikmah Rasulullah anjurkan untuk kerap bermusyawarah. Saya personally sukakan meeting tetapi tidak sukakan mesyuarat yang meleret-leret lamanya.

Kalau orang Jepun, mereka lebih banyak buat kerja berbanding mesyuarat tetapi kita lebih banyak mesyuarat berbanding buat kerja. Bagi saya mesyuarat yang terbaik adalah mesyuarat yang tidak lari dari tajuknya. Ini tidak mesyuarat bab pembelian peralatan tetapi masuk sekali bab resipi masakan. Itu cuma contoh yang tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Ada pengurusan sebuah hospital terkemuka yang melaksanakan mesyuarat mengikut budaya pengurusan tertinggi mereka. Pengurusan tertinggi mereka berasal dari Austria. Saya difahamkan, mereka melaksanakan mesyuarat dalam masa yang cukup pantas. Hanya apa yang ada dalam agenda sahaja dibincangkan dan tidak meleret-leret. Hasilnya mereka mampu menguruskan hospital tersebut dengan cukup efisien.

Yang paling menarik perhatian saya ialah apabila saya bermesyuarat dengan para professor dan doktor-doktor. Bagi saya the way they see the world memang berbeza dan saya sukakan meneliti corak mereka berfikir. Ada seorang professor yang memang saya kagum dengan caranya berfikir. Setelah semua para ketua Jururawat dan doktor huraikan masalah yang dihadapi, beliau terus ‘tangkap’ punca masalah tersebut. Beliau benar-benar memahami apa yang diperkatakan dan terus pada punca.

Dalam menyelesaikan masalah, kita kena bezakan antara simptom masalah dan punca masalah. Selalunya kita cuma tangkap simptom tetapi bukannya punca. Itu yang membuatkan segolongan manusia digelar pemikir agung.

Kini, ramai yang memperkatakan konsep “Berfikir Di Luar Kotak” di mana kita berfikir dari perspektif yang berbeza. Ia memerlukan aspek pemikiran lateral yang amat tinggi untuk memikirkan tentang suatu. Biasanya ia akan memberi hasil yang berlainan dari pemikiran biasa dan boleh jadi lebih efektif.

Sebab itu saya amat suka berhadapan dengan para professor teruatamanya di tempat kerja saya ini walaupun ada sedikit rasa segan kerana, banyak yang saya dapat pelajari dari mereka. Mereka berfikir dari sudut lain dan sebab itu, banyak penemuan dan kejayaan yang mereka hasilkan.

Mereka juga sentiasa bercakap dengan minda yang positif dan sentiasa optimis. Ia banyak membuka ruang lingkup pemikiran saya. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya. Apabila berinteraksi dengan mereka, kita dapat lebih memahami mereka.

Kepelbagaian pemikiran memang wujud. Cuma yang penting ialah kita menghormati setiap pandangan mereka selagi ia tidak menyalahi aturan. Dalam masa yang sama kita juga kena memahami perbezaan ini. Tidak sama pola pemikiran orang yang tidak berpelajaran dan orang yang berpelajaran. Tetapi tidak boleh kita menghina mereka yang tidak berpelajaran kerana ada sebab yang menyebabkan mereka tercicir malah kita kena bijak menyelami pemikiran mereka. Setiap jenis manusia ada kelemahan masing-masing.

Apa pun yang paling penting kita kutip setiap apa yang kita perolehi dan manfaatkan untuk manfaat ramai jika mampu. Marilah kita belajar menghormati kepelbagaian pemikiran orang lain. Tidak bermakna kita ditegur, kita harus bermusuh dengan orang yang menegur kerana ia adalah sebagai peringatan dan panduan buat diri kita. Pujian kadangkala mampu membunuh kita.

Dari semasa ke semasa kita harus mempertingkatkan cara kita berfikir. Berfikir adalah penajam pemikiran.Saya akhiri catatan santai saya ini dengan Hadis Rasulullah, “Berfikir sesaat adalah lebih baik daripada beribadah (sunat) selama setahun


Tindakan

Information

2 responses

20 05 2009
fakur

Salam.

Di dalam PM saya kepada salah seorang sahabat HKC, saya pernah menulis begini:

“Jika kita melakukan sesuatu semata-mata kerana mengharapkan pujian atau sanjungan, kita akan kecewa. Kejian mungkin menyakitkan, tetapi pujian lebih membebankan”

Jangan marah ketika berfikir. Dan jangan berfikir ketika marah.

14 01 2011
Saiful Azrul

Benar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: