Masjid An-Najihin

15 05 2009

Alhamdulillah, tadi saya dapat bersolat Jumaat di Masjid yang baru dibuka di Bandar Sri Permaisuri ni. Kalau tidak, saya terpaksa ke Masjid Saidina Osman Al-Affan atau Masjid Zubbair Ibnu Awwam yang mana kedua-duanya bila hari Jumaat, cukup padat. Kalau waktu Solat Fardhu biasa ni, tahu tahulah betapa lengangnya.

Walaupun baru dibuka, nampaknya ia sudah cukup padat dan mujurlah masjid ini mempunyai tiga tingkat ruang solat. Sebenarnya perkembangan Masjid ini, memang saya ambil tahu melalui seorang rakan yang memantau projek pembinaan Masjid ini dan diharapkan dengan pembukaan Masjid baru ini, ia dapat dimanfaatkan oleh semua golongan seperti yang dimaksudkan dalam Khutbah tadi yang berkisar tentang fungsi Masjid.

Hmmm… Saya tak lama jadi anak kariah masjid ini kerana akan berpindah ke Cheras Baru pada  penghujung tahun ini. Cuma, masih sedih bila lihat, masih ramai kaum muslimin yang lebih pentingkan perniagaan daripada Solat Jumaat walaupun masjid sudah pun dekat dengan lokasi perniagaan mereka.

Mari kita refresh semula Syarat Wajib Solat Jumaat:-

Syarat wajib solat Jumaat:

1.Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
2.Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3.Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
4.Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
5.Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6.Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7.Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” – Al-Jumu’ah: 9

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat, InsyaAllah…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: