Panasnya Cuaca

14 05 2009

Hmmm… Biasanya hari kerja, saya bekerja dalam pendingin hawa. Tapi bila hari cuti, terasa sungguh betapa panasnya cuaca. Malam pun terasa begitu panas. Pasang kipas semaksima mungkin. Buka tingkap luas-luas. Mandi sikit. Tetap panas ! Kalau rumah ada pendingin hawa, mungkin tidak begitu terasa.

Di India, sudah berapa ramai yang mati akibat suhu panas terutamanya yang sudah dimamah usia. Di tempat-tempat lain di seluruh dunia, bahang kepanasan semakin terasa. Inilah impak pemanasan global.

Kecairan ais di kutub menjadikan beberapa tempat di bumi telah hilang dalam peta dunia. Menerusi pencarian saya di Internet, ada fakta yang menyatakan bahawa, “Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.”

sumber: http://www.astronomes.com/m1_solaire/m134_pemanasan.html (10/05/2009)

Hmmm… Nampaknya dunia sudah semakin panas dan kita perlulah menyedari peranan kita. Antara peranan yang boleh kita lakukan ialah:-
1. Kurangkan penggunaan bahan bakar.
2. Kurangkan makan daging
3. Tanam pokok.
4. Banyakkan guna pengangkutan awam
5. Kurangkan penggunaan plastik.

Itu adalah antara cara yang boleh kita lakukan. Setakat mana yang termampu, kita lakukanlah. walaupun mungkin macam tiada kesan besar tetapi sekurang-kurangnya ada daya usaha daripada kita.

Jiran-jiran saya pun sudah merasai betapa panasnya cuaca kebelakangan ini. Di negara kita ada kawasan yang mencatatkan suhu melebihi 36 darjah celcius! Di sesetengah tempat rumput sudah pun menjadi kekuningan.

Tetapi… Akhirnya sejak dua tiga hari ni hujan mula turun terutamanya di KL ni. Alhamdulillah. Malam tadi pun bila tidur dalam keadaan hujan turun, terasa cukup nikmat. Sampai bila bangun pagi tadi pun terasa macam nak ambik cuti ja. Hehehehe… Apa pun, mengikut Jabatan Kaji Cuaca, cuaca panas ini akan berterusan sehingga september. Jadi marilah kita sama-sama memainkan peranan kita untuk mengatasi masalah pemanasan global ini.


Tindakan

Information

One response

6 05 2010
Diari Saiful – Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi » Panas

[…] Dulu saya pernah menulis tentang pemanasan global. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: