Hari Ibu?

10 05 2009

Hmmm… Saya sebenarnya agak serba salah dan keliru tentang hukum hari Ibu. Dari pencarian yang saya perolehi, saya dapati sambutan Hari Ibu ada tegahan dari kacamata Islam. Ada pelbagai peringkat sambutan dan kebanyakan menyambutnya pada Ahad Kedua Bulan Mei, 22 Disember dan ada pada 21 Mac dan ia bergantung kepada negara masing-masing.

Tahun-tahun lepas memang saya sambut dan hantar SMS ke handset abah tetapi tiba-tiba saya terfikir tentang asal usulnya. Kalau macam hari jururawat berasal daripada hari ulangtahun kelahiran jururawat terkenal dengan pengorbanan terhadap pesakit, Florence Nightingale, bagaimana pula asal usul hari ibu?

Saya merenung perkara sambutan hari Ibu ini dengan cukup serius. Saya bertanyakan kepada isteri saya, apakah hukum sambutan hari ibu? Isteri saya pun kurang pasti dan carian saya di alam maya banyak menemukan hasil yang hampir sama.

Antara yang anda boleh rujuk:-

1. Al-Manhaj.
2. Al-Sofwah
3. Islamweb.
4. Islamic Times

Kalau Hari Valentine disambut sempena memperingati seorang paderi dihukumkan haram tetapi Hari Ibu yang asal usulnya disambut bagi memperingati Dewa Rhea Ibu Kepada Dewa Greek tidak dianggap sedemikian? Kalau anda ingin melihat Asal usul Perayaan Hari Ibu, anda boleh ke Website mothersdaycelebration.

Atas sebab itu, saya berpendapat tidak akan menyambut hari ibu. Mengapa hanya sehari sahaja kita serlahkan kasih sayang kita kepada ibu kita? Ia harus diangkat setiap hari dan pada saya setiap hari adalah hari ibu. Insan yang paling istimewa dalam diri kita.

Mungkin akan ada yang berbeza pandangan dengan saya. Tetapi terpulanglah kepada alasan anda. Saya masih menantikan kalau ada atau terjumpa nanti Ustaz Zaharuddin atau Sheikh Yusuf Qardhawi menulis bab Sambutan Hari Ibu kerana mereka cukup ahli dalam bab fiqh Kontemporari. 

Yang paling penting ialah doa buat Ibu/ayah setiap kali selepas solat. Itu yang  adalah antara apa yang perlu kita lakukan jika kita sayangkan ibu kita dan ia berlaku sekurang-kurangnya lima kali sehari bukannya sehari setahun.

Apa pun, saya sayang mak…

Setiap Hari Adalah Hari Ibu

Wallahu’alam

p/s: Jika ada kekhilafan, tolong perbetulkan saya. Thanks


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: