Corat Coret Hari Ini – 07.05.09

7 05 2009

Alhamdulillah, saya dapat PC baru yang lebih berkeupayaan untuk melaksanakan tugas tetapi ambik masa jugak nak install itu dan ini disebabkan capaian internet yang perlahan. La ni atas meja saya ada dua PC. Hmmm… Nampak semak pun ada.

Pagi tadi, ada sedikit discussion dengan wakil Oracle dari Singapore. Memang teruja melihatkan kepakaran Boon Jian. Banyak ilmu yang dipelajari hari ni. Banyak tips yang diberikan. Memang beliau cukup pakar dalam Jdeveloper tak kiralah sama ada version 10G atau pun 11G.

Alhamdulillah juga dapat implement beberapa perubahan dalam corak kerja untuk meningkatkan kualiti kerja. Selama ni, saya kurang ambil berat bab filing tetapi selepas bertungkus lumus, saya berjaya perkemaskannya. Nampaknya banyak yang menjadi lebih mudah.

Bab bola, Memang mengantuk bangun tengok bola pagi tadi dan seperti yang saya harapkan, Barcelona menang walaupun ada juga ‘sumbangan’ daripada pengadil. Apa pun, perjuangan tidak harus terhenti walau sudah mencapai 90 minit permainan. Selagi wisel penamat masih belum ditiup, selagi itulah perjuangan harus diteruskan.

Sedikit bab politik, nampaknya apabila segala instrumen disalahguna, maka akan tercetuslah titik noda dalam sejarah perlembagaan negara/negeri. Penggunaan kekerasan dan ketidaksabaran menjadikan suasana bertambah tegang. Segalanya sudah jelas dalam perlembagaan tetapi apabila ia dicabul dan tambah buruk pihak yang tidak mempunyai kuasa turut masuk campur. Nampaknya, ia sudah diketawakan oleh negara lain apabila saluran yang betul tidak diguna pakai. The best way Bubarkan DUN Perak. Biarkan rakyat menentukannya sekali lagi. Jika tidak episod memalukan akan terus berlaku dan tidak akan selesai !

Hmmm… Bab lain pulak, tengok status kewangan hari ni, aduhai lari bajet pulak. Baru 7hb. Gaji 25hb. Hmmm… Duit isentif tak masuk lagi. Kena extra berjimat cermat nampaknya !

Oklah, itu sahaja corat coret hari ini !


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: