Karnival Drypers 2009

4 05 2009

Hari kedua cuti, saya dan isteri serta Syasya ke Taman Tasik Titiwangsa. Memang berhajat nak ke Karnival Drypers beli lampin pakai buang anak. Kot- kot ada harga menarik.

Elok sahaja sampai, nampak macam tak meriah ja tapi bila petugas karnival mai tegur dan ajak join, memang rasa excited. Boleh main beberapa permainan secara percuma dan kalau berjaya dapat hadiah pulak tu. Tak berjaya pun dapat hadiah. Awal-awal lagi dah dapat topi Drypers untuk Syasya.

Mulanya depa akan bagi satu kertas. Di setiap stesen, kita kena dapatkan sticker dan dilekatkan di kertas tersebut. Jika penuh stiker tersebut, anda dapat tukarkan dengan cenderahati yang disediakan oleh penganjur. Ada enam stesen yang harus dikunjungi.

Mula-mula main baling gelang. Dapat hadiah mini sofa Drypers.

Kemudian masukkan bentuk dalam kotak yang sepadan. Yang ni dapat bantal Drypers.

Lepas tu, jig saw puzzle. Yang ni dapat sample Drypers. Badut pulak akan bagi belon yang dibentuk menjadi pedang dan beruang.

Lepas tu boleh naik trak Drypers. Situ disediakan ruang anak-anak bermain permainan, ruang untuk ibu menyusu dan ruang salin pampers berhawa dingin. Yang bestnya waktu tu boleh tukar lampin dengan percuma. Yang best lagi, boleh try lampin yang macam seluar tu. Hmmm… Seronok Syasya hari ni dapat main macam-macam. Lepas tu, saya beli Drypers dapat pulak free gift iaitu Beg Drypers.


Kemudian, Syasya dapat pulak satu peluang bergambar di kaunter fotografi. Gambar ni depa akan terus print dan bagi kepada kita dan layak menyertai pertandingan bayi comel.

Ni pulak gambar Syasya yang dah diprint

Lepas semua dah selesai, boleh pi tuntut cenderahati dari penganjur. Macam-macam Souveneir depa bagi.

Bagi yang berminat, nanti ada lagi. Nantikan kemunculan warga Drypers di tempat yang telah diajdualkan. Rugi kalau tak pi. Macam-macam ada !


Tindakan

Information

3 responses

4 05 2009
Fairuz Mohd Rafdzi

Salam,

Wah, nampak gayanya karnival ni memang menarik dan banyak hadiah dan saguhati. Sekurang-kurangnya, aktiviti-ativiti yang diadakan menggembirakan anak-anak.

5 05 2009
amANI

harga drypers saiz mega dalam karnival murah tak? bawah Rm32?

ini kaum bapa2 dan ibu2 adala manfaat. yang single mingle lagi buat tak tau je kewujudan lampin pakai buang nih. hahah.

5 05 2009
admin

Fairuz Mohd Fafdzi,

Yup, yang paling penting, anak gembira🙂

Amani,

Harga taklah murah sangat tapi murah sikit ja dari harga pasaran. Hari tu UO ada buat offer RM30.90. Savecost ada buat offer RM31.++.

Tapi yang paling penting, anak gembira dan enjoy🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: