Homedec 2009

3 05 2009

Cuti Hari pekerja, saya dan keluarga habiskan dengan mengunjungi Pameran Homedecor di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Saya bertolak lebih kurang jam 1 tengahari dan kemudian terus solat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC.

Kemudian terus makan di food court tingkat 3 KLCC. Hmmm… Biasalah harga makanan di sini. Dua pinggan nasi kena RM22. Sekali sekala tak apa lah… Kalau tiap-tiap hari boleh jadi muflis. Hehehe…

Kemudian terus ke dean pameran tapi sangkut dengan Syasya yang nak main permainan ni. Yang tak bestnya kena masuk RM1 dapatlah ia bergerak dalam dua tiga minit. Puas nak pujuk Syasya turun, last sekali terpaksa paksa dia turun dengan umpan yang lain.

Kemudian elok masuk dalam dewan di tingkat 3 KLCC, Syasya mula meragam. Macam-macam dia nak. Maybe tak selesa dengan suasana yang crowded macam tu kot. Kami pulak memang amat tertarik dengan pameran ni sebab nak masuk rumah baru hujung tahun ni.

Memang best, tapi kena dikirkan balik bab bajet. Memang agak seksa kalau fikirkan soal bajet. Tak pa, ada rezeki, InsyaAllah dapat. Tak sempat nak round banyak. Ada dalam 6 dewan pameran, dapat masuk dua sahaja sebab Syasya dah meragam. Tak ada aktiviti yang sesuai untuk dia kot.

Last sekali, Syasya habiskan masa di playground KLCC sampai susah nak ajak balik sampai kena paksa. Bagi sesiapa yang nak masuk rumah baru atau nak buat renovation, bolehlah ke KLCC untuk survey yang mana yang berkenan. Atau layari www.homedec.com.my.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: