Tapak Baru

22 04 2009

Alhamdulillah, secara rasminya Diari Saiful berpindah ke tapak baru yang lebih berkeupayaan. Di sini dari segi storage adalah 25 kali ganda adaripada tapak wordpress pakej percuma dan bandwidth yang lebih tinggi. Juga lebih fleksibiliti untuk saya mengolah Diari Saiful berbanding pakej lama. Saya masih menggunakan enjin wordpress cuma tapaknya sahaja yang baru.

Sebenarnya tapak baru ini sudah tersedia sejak 01 Januari 2009 lagi tetapi memandangkan beberapa modifikasi yang saya lakukan dan kelaskan, baru saya pindahkan Diari Saiful ke sini. Mudah-mudahan, ia lebih baik dan memudahkan semua, InsyaAllah…

Terima kasih juga kepada semua atas sokongan berterusan.





Jenaka: Beruk

22 04 2009

Dalam sebuah tadika, dua kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!

Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun
BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

sumber: Gelakgiler