Tugas Berat Shearer

21 04 2009

Hari ni, nak sembang bola sikit. Selalunya sembang bola saya dalam HKC. Tentang kelab kegemaran saya di EPL, Newcastle United.

Hanya tinggal berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi yang bakal menentukan nasib Newcastle United. Sebagai salah seorang penyokong Newcastle, saya cukup teruja apabila Shearer yang menjadi idola saya sanggup mengambilalih pasukan ketika hanya tinggal lapan perlawnaan sahaja lagi dan Newcastle terperosok di tangga bawahan EPL.

Shearer mempertaruhkan reputasi hebat dirinya tetapi saya percaya peminat-peminat Magpies faham situasi yang berlaku. Walaupun tewas kepada Chelsea dalam perlawanan pertama,seri dengan Stoke pada perlawanan kedua dan malam kelmarin tewas kepada Spurs, bermakna Newcastle perlu terus berusaha.

Spurs lebih berhak malam kelmarin.

Shearer hadapi tugas amat sukar kerana begitu ramai pemain berkaliber Newcastle sudah jual. Macam Given, Milner, Dyer, Nzogbia, Jenas dan lain-lain oleh owner Newcastle.

Yang tinggal hanyalah player muda yang masih mentah. Agak sukar nak bersaing dengan keadaan sedemikian. Langkah awal Shearer ialah ketatkan displin pemain seperti tidak dibenarkan berhibur pada waktu malam, amalan pemakanan dan peraturan lain untuk membentuk displin pemain.

Shearer dah ingatkan owner tentang kesilapan lepas dan akan cuba berjuang kekalkan Newcastle dalam BPL.

Shearer nak kan Daglish kembali ke Newcastle tapi Liverpool dan potong line. Hehehe…

Hmmm… Sikap owner Newcastle pada awal musim yang menjual dan membeli pemain tanpa pengetahuan Kevin Keegan, banyak memeri impak negatif kepada pasukan. Bila ditegur, owner mengatakan dia sudah menyuntik lebih 200 juta pound, dan dia tidak mahu rugi, jadi pemain yang mempunyai nilai yang baik, haruslah dijual bagi menjamin kewangan pasukan. Manakala manager pula berpendapat, pemain jika hendak dibeli dan dijual perlulah mendapatkan kebenaran manager agar ia selari dengan perancangan manager. Last sekali Keegan resign dan Newcastle terumbang ambing.

Itulah owner yang lebih pentingkan keuntungan berbanding memahami selok belok bola sepak. Memang owner adalah peminat Newcastle tetapi caranya silap! Bukankah kalau jika prestasi meningkat, gate collection akan meningkat dan tajaan juga mencurah-curah? Kenapa nak jual player-player bintang yang mampu menaikkan nama Newcastle?

Nasi sudah jadi bubur dan Shearer sudah pun mengingatkan owner tentang kesilapannya dan cuba membantu.

Tidak terfikir bagaimana rasanya, Newcastle kena beraksi menentang Wallsal, Leyton Orient atau pun Yeovil Town…


Tindakan

Information

2 responses

21 04 2009
amANI

Penyokong Magpies adalah penyokong paling supportif.

Harusnya penyokong liga Malaysia mencontohi mereka. Agak-agak apa yang boleh dibuat supaya penyokong liga Malaysia setia macam ni? Susah senang bersama.

Ada ke season tiket buat penyokong liga tempatan?

21 04 2009
saifulazrul

Amani,

Benar tu… Purata kedatangan dalam 50K setiap perlawanan. Training Shearer pun sampai berbelas ribu mai jenguk!

Kat Malaysia tiada season ticket. Banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum season ticket diperkenalkan di Malaysia teruatamanya dari segi numbering seat. Arwah Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil pernah kemukakan idea ni tetapi banyak sangat halangan merintang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: