Setengah Berisi Setengah Kosong?

20 04 2009

Kesempatan ke Pesta Buku semalam menemukan saya kepada sebuah buku yang pernah saya baca ulasannya iaitu Setengah Berisi Setengah Kosong?

Kebetulan, bila saya lalu di Gerai jualan PTS saya berkesempatan bertemu dengan penulisnya Parlindungan Marpaung. Apa lagi setelah membelinya, saya terus dapatkan autograf beliau.

Rasa janggal pula bila dipanggil Bapak Saiful. Aduhai selalu dengar dalam TV tetapi bila dipanggil macam tu rasa lain pulak. Hehehe… Bertemu dengan beliau memang menampakkan beliau seorang yang cukup berkeyakinan dan berfikiran positif serta berani. Kesempatan tingkas yang cukup berharga sebagai satu motivasi diri.

Saya sempat membaca sedikit dalam Kata Pengantar buku ini oleh KH Abdullah Gymnastiar, saya tertarik dengan petikan berikut:

Sesungguhnya Allah yang maha Agung menciptakan alam semesta ini dengan begitu rapi, sempurna, teratur dan indah. Dengan kurniaan-Nya itu, kehidupan ini menjadi penuh indah dan warna. Tetapi, mengapa kita masih sering bertemu orang yang merasakan kehidupan ini penuh kesukaran, kesulitan dan masalah sehingga dunia ini terasa begitu sempit dan menghimpit tiada lagi dapat merasakan keindahannya?

Ternyata memuncaknya kesukaran daripada sesuatu masalah yang menimpa seseorang itu sering kali disebabkan kita tidak mampu berfikir secara positif. Orang yang tidak mampu berfikir secara positif biasanya cenderung memandang segala sesuatu dengan penuh syak wasangka dan sengaja mereka-reka segala apa yang belum terjadi. Malangnya rekaan-rekaan itu tidak pernah berupa perkara yang menyenangkan. Sebaliknya apa yang mereka bayangkan adalah perkara-perkara yang sukar dan menyusahkan.”

Kepada yang berminat, jangan lupa dapatkan buku ini pada harga RM20 senaskhah!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: