Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

19 04 2009

Hari ni saya dan isteri serta anak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.

Mulanya, wife saya ajak naik kereta ke PWTC tetapi memikirkan dengan jalan yang sesak dan kesukaran parkir, saya memutuskan untuk naik LRT sahaja. Lagi pun rumah saya berdepan dengan LRT Salak Selatan. Lebih mudah kerana terus sahaja turun di Stesen PWTC. Malas nak harungi kesesakan di KL.

Saya sebenarnya nak mengejar untuk pelancaran Novel Bidadari Dari Timur karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tetapi memandangkan dengan Syasya yang tidur dan kesesakan yang amat sangat di ruang jualan buku, saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Yang paling saya geram ialah, sudahlah keadaan sesak dengan orang ramai, ada yang berhenti di tengah-tengah berehat sedangkan ia adalah satu0satunya laluan untuk orang bergerak. Ada pula yang berhenti berbual. Kalau sekejap, tiada maslaah tetapi lama. Langsung tidak memikirkan keadaan orang lain.

Kemudian, saya belikan buku untuk Syasya dan isteri di ruang jualan Pelangi Sdn. Bhd. Nak bayar pun kena beratur sampai dekat dua puluh minit! Yang geram sekali ialah orang lain penat beratur panjang tiba-tiba ada seorang remaja lelaki dengan selamba datang ke barisan depan sekali untuk membayar buku yang dibelinya. Dengan muka selamba sahaja dia berbual dengan rakannya tanpa mempedulikan orang lain yang beratur panjang. Nasib baik pihak Pelangi menyedari dan memintanya beratur. Hmmm… Baru dia rasa malu bila dah jadi macam tu.

Kemudian, saya terpaksa pula cari tempat untuk beri ruang Syasya tidur. Akhirnya saya duduk di tepi dinding di sebuah kawasan lapang sambil meriba Syasya yang sedang tidur. Lenguh betul. Sementara tu, isteri saya mencari buku. Saya pun bila dah lenguh dok cari idea gerak Syasya tapi Syasya tak mahu bangun jugak. Last sekali saya pujuk dia, “Syasya, Walid beli buku dekat Syasya, jom baca!”

Dengan serta merta, Syasya terus jaga dan saya pun menemaninya membaca.Kejamnya saya, hehehe… Memang Syasya cukup minat membaca dan menulis walaupun baru berusia dua tahun tujuh bulan. Kemudian, Syasya nak didukung sahaja, langsung tak mahu jalan. Memang siksa sebab dengan buku-buku lagi nak dibawa. Isteri saya pula dengan perut mengandung.

Tak semua tempat dapat dikunjungi kerana banyak halangan yang merintang. Kesesakan di Pesta Buku memang menyukarkan pergerakan saya dan keluarga. Kalau Syasya mahu jalan, tak banyak maslah sangat.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang kena pi sekali lagi nanti sebab banyak ruang jualan yang masih belum saya kunjungi. Ingat nak balik sebelum pukul tiga sebab nak bergegas ke Puchong menyaksikan aksi HKC dalam Liga Futsal Belia Kebangsaan tetapi tidak sempat. Alhamdulillah HKC menang 4-2 dan layak ke pusingan kalah mati.

Bagi sesiapa yang tidak berkunjung lagi ke Pesta Buku, masih ada masa kerana ia akan berlanjutan sehingga 26 April 2009.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: