Berubah Angin?

15 04 2009

Hmmm… Sesekali saya terfikir…

Saya rasa kejauhan dari saudara mara. Hidup di kota metropolitan ini serba individualistik. Individualistik kadang kala bukan disebabkan oleh sikap tetapi ketiadaan masa menjadikan ia individualistik.  Saya rindukan suasana hidup di kampung. Kita kenal siapa jiran kita dan kalangan dalam komuniti kita

Menetap di Kota ini, semua bekerja dari pagi sampai malam. Bila malam semua dah letih dan nak rehat untuk mengharungi hari esok yang memenatkan. Begitulah survival setiap minggu. Nak kenal jiran pun jadi sukar hinggakan kadangkala tak tahu siapa jiran kita. Kadangkala nak kenal pun jadi risau, takut ganggu dan kadangkala jiran pula kunci rumah dengan pelbagai macam kunci atas alasan keselamatan. Sudah terbatas pergaulan dengan jiran.

Diri sendiri pun, kadangkala kerja tidak tentu masa…

Saya rindukan suasana yang tenang tak begitu terkejar-kejar dan suasana kemasyarakatan yang pernah saya kecapi dulu.

Sebab itu bila seorang rakan maklumkan ada peluang untuk balik kerja di Kedah, saya terus berangan. Hmmm…

Namun pelbagai halangan yang muncul. Adoi. Saya masih memikirkannnya secara serius. Kalau boleh Alhamdulillah… Boleh saya larikan diri dari Kota yang penuh dengan kesibukan ini. Membingitkan telinga. Mengusutkan jiwa.

Malam tadi saya tertarik kepada sebuah drama di ASTRO OASIS 106 bertajuk Cinta Sempadan. Saya terkenangkan suasana kampung dalam drama tersebut. Saya terkenangkan ketenangan yang ada. Kedamaian yang menyejukkan perasaan.

Damainya Panorama Desaku

Damainya Panorama Desaku - Alor Setar

Bila saya jenguk ke luar tingkap apartmen saya, saya rasa muak melihatkan hutan batu yang tidak menyejukkan mata. Kalau ada suasana kehijauan sawah padi, rasa cukup tenang. Bila nak hadapi masalah yang memerlukan kosentrasi yang tinggi, tak lah tertekan sangat.

Hmmm…

Perlukah saya berubah angin?

Saya masih memikirkan dari segala aspek…


Tindakan

Information

4 responses

15 04 2009
Hokage

Perlukah saya berubah angin?

Saiful mungkin sudah lama berkelana berbanding saya, tetapi APA yang menjemput saya pulang adalah amalan fardu kifayah yang sukar di lakukan di Ibu kota . Selain itu inilah masa dan sisa-sisa yang tinggal untuk bersama keluarga ( ayah ) setelah kehilangan ibu yang disayangi. . Selepas ini jika semuanya sudah tiada …. saya pasti turut kembali mengembara samada di KL mahupun ditempat lain . .

Kehidupan berkeluarga dan kekangan kerja adalah faktor yang perlu di utamakan sebelum pilihan terbaik dapat di buat. .

Carilah dimana hidup anda yang penuh kedamaian tanpa bebanan yang menjerat kita ..

Ini cumalah pandangan saya …. Assalamualaikum ….

15 04 2009
duta

+perlu+
jika cintakan kedamaian sebegitu.
tapi bagi saya kan… saya tak suka dengan kg… kerana aktiviti terbatas…
mungkin kg saya tak punyai sungai dan sawah… sbb tetap berhutan batu dan papan… hahhaha…. sesekali kunjungi kampung…. terasa bagaikan pelancong asing di bumi sendiri…. jom! cuti2 malaysia (dengan nada nyanyian siti nurhalijah)

16 04 2009
Nazlan

salam..

perlluuuu!!! sebab kita (org2 yang biasa dengan kehidupan kampung) memang kurang sesuai dan tak serasi dengan kehidupan di KL yg serba pura2 ni.. saya pun kalau ada peluang, confirm balik utara.. hehehe..

p/s: cinta sempadan tu kebanyakan tempatnya shooting kat kampung saya.. hehehe.. jalan cerita pun ada gak la kena mengena sket2.. kalau layan cerita tu, mesti sayu teringat kampung..

17 04 2009
saifulazrul

Hokage,

Thanks atas perkongsian pendapat. Banyak perkara yang harus diselesaikan jika saya nak teruskan hasrat. Memang rumit !

Duta,

Hmmm… Kampung sekarang dah semakin pesat membangun tapi suasana kehijauan dan kedamaian itu tetap terasa.

Nazlan,

Saya sempat layan separuh sahaja tetapi memang cukup terkenang. Tengok damai ja. Tak sangka pula kampung Nazlan. Ingat kot dok kat betoi-betoi pekan Kangaq. Best kan kalau dapat balik kampung?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: