Berubah Angin?

15 04 2009

Hmmm… Sesekali saya terfikir…

Saya rasa kejauhan dari saudara mara. Hidup di kota metropolitan ini serba individualistik. Individualistik kadang kala bukan disebabkan oleh sikap tetapi ketiadaan masa menjadikan ia individualistik.Ā  Saya rindukan suasana hidup di kampung. Kita kenal siapa jiran kita dan kalangan dalam komuniti kita

Menetap di Kota ini, semua bekerja dari pagi sampai malam. Bila malam semua dah letih dan nak rehat untuk mengharungi hari esok yang memenatkan. Begitulah survival setiap minggu. Nak kenal jiran pun jadi sukar hinggakan kadangkala tak tahu siapa jiran kita. Kadangkala nak kenal pun jadi risau, takut ganggu dan kadangkala jiran pula kunci rumah dengan pelbagai macam kunci atas alasan keselamatan. Sudah terbatas pergaulan dengan jiran.

Diri sendiri pun, kadangkala kerja tidak tentu masa…

Saya rindukan suasana yang tenang tak begitu terkejar-kejar dan suasana kemasyarakatan yang pernah saya kecapi dulu.

Sebab itu bila seorang rakan maklumkan ada peluang untuk balik kerja di Kedah, saya terus berangan. Hmmm…

Namun pelbagai halangan yang muncul. Adoi. Saya masih memikirkannnya secara serius. Kalau boleh Alhamdulillah… Boleh saya larikan diri dari Kota yang penuh dengan kesibukan ini. Membingitkan telinga. Mengusutkan jiwa.

Malam tadi saya tertarik kepada sebuah drama di ASTRO OASIS 106 bertajuk Cinta Sempadan. Saya terkenangkan suasana kampung dalam drama tersebut. Saya terkenangkan ketenangan yang ada. Kedamaian yang menyejukkan perasaan.

Damainya Panorama Desaku

Damainya Panorama Desaku - Alor Setar

Bila saya jenguk ke luar tingkap apartmen saya, saya rasa muak melihatkan hutan batu yang tidak menyejukkan mata. Kalau ada suasana kehijauan sawah padi, rasa cukup tenang. Bila nak hadapi masalah yang memerlukan kosentrasi yang tinggi, tak lah tertekan sangat.

Hmmm…

Perlukah saya berubah angin?

Saya masih memikirkan dari segala aspek…