Kenapa?

9 04 2009

Sewaktu saya berhijrah ke Kuala Lumpur, saya sebelum itu tidak duduk sangat di rumah Flat kecuali sewaktu kecil di Flat Polis di Jerantut. Di situ tiada perkhidmatan lif seingat saya.

Bila mula dok KL, saya terpaksa duduk di rumah yang bertingkat-tingkat ini. Bila saya mula duduk di apartmen saya, saya dapati ada tiga lif di blok saya. Dua lif adalah untuk ke tingkat-tingkat ganjil manakala satu lif lagi untuk ke semua tingkat. Saya tertanya-tanya kenapa dua lif ke tingkat ganjil dan untuk ke tingkat genap hanya ada satu sahaja lif. Itu pun terpaksa berkongsi dengan mereka yang di tingkat ganjil. Kenapa?

Saya, kemudian tengok di Apartmen sebelah, keadaan yang sama berlaku. Ada tiga lif, dua dikhususkan untuk ke tingkat ganjil dan satu lagi ke semua tingkat.

Kemudian saya tengok satu lagi apartmen, keadaan lebih kurang sama tetapi daripada tiga lif yang ada, dua dikhaskan ke tingkat-tingkat genap dan satu lagi ke semua tingkat. Kenapa ya?

Macam sekarang, saya duduk di tingkat genap, terasa cukup sukar kerana lif ke semua tingkat sentiasa digunakan dan masa menunggu menjadi lebih lama. Saya tak faham kenapa? Adakah kepercayaan tertentu atau sebab keselamatan atau sebab lain.

Kenapa ya?

Ada sesiapa boleh jelaskan?


Tindakan

Information

5 responses

9 04 2009
qfirdaus

Sebab tingkat ganjil hantu/toyol suka dok… jadi bila wat lift ke tingkat ganjil..hantu/toyol tu berkemungkinan takut la … bertuah la kepada yang dok tingkap genap… hantu/toyol takut no genap sebabnya.. al kisah zaman dulu.. hantu terjatuh dalam lubang no 2 lubang no 4 lubang no 6 dan 8…ekekek

hahahaha…….

10 04 2009
saifulazrul

Qfirdaus,

Tak jugak, sebab ada apartmen yang dua lif ke tingkat genap dan satu sahaja ke tingkat ganjil…

Macam mana tu?

12 04 2009
aimran

kalau ada dua lif ke tingkat genap, maybe kat tingkat genap itu ada banyak bilik kot dari jumlah bilik di tingkat ganjil. begitulah juga sebaliknya. tak tau la. musykil jugak awat jadi lagu tu.

12 04 2009
azuwanibrahim

saya punya pendapat la…
biasanya cina memang tak suka angka 4
jadi bila ada lif ganjil, mungkin depa lebih suka dengan lif yang tiada no 4 tu.
kalau kita perasan, sesetengah lif di KL atau mana jelah… senarai butang lif biasanya G 1 2 3 4 5 6… tapi yang tak suka dengan nombor 4 depa akan buat butang lif tu G 1 2 3 3A 5 6….
maka nombor 4 tu digantikan dengan 3A.. ini hanya pendapat saya jelah ye cik saipul

12 04 2009
saifulazrul

Aimran,

Jumlah bilik dan rumah sama sahaja setiap tingkat… Tak ada perbezaan pun.

Azuwanibrahim,

Yup, memang angka 4 depa tukaq jadi 3A, 14 jadi 13A. Tapi tak kan sebab dua tingkat tu, depa buat sistem macam tu.

Hmmm… Jiran Cina dok sini pun tertanya-tanya jugak. Hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: