Kenapa?

9 04 2009

Sewaktu saya berhijrah ke Kuala Lumpur, saya sebelum itu tidak duduk sangat di rumah Flat kecuali sewaktu kecil di Flat Polis di Jerantut. Di situ tiada perkhidmatan lif seingat saya.

Bila mula dok KL, saya terpaksa duduk di rumah yang bertingkat-tingkat ini. Bila saya mula duduk di apartmen saya, saya dapati ada tiga lif di blok saya. Dua lif adalah untuk ke tingkat-tingkat ganjil manakala satu lif lagi untuk ke semua tingkat. Saya tertanya-tanya kenapa dua lif ke tingkat ganjil dan untuk ke tingkat genap hanya ada satu sahaja lif. Itu pun terpaksa berkongsi dengan mereka yang di tingkat ganjil. Kenapa?

Saya, kemudian tengok di Apartmen sebelah, keadaan yang sama berlaku. Ada tiga lif, dua dikhususkan untuk ke tingkat ganjil dan satu lagi ke semua tingkat.

Kemudian saya tengok satu lagi apartmen, keadaan lebih kurang sama tetapi daripada tiga lif yang ada, dua dikhaskan ke tingkat-tingkat genap dan satu lagi ke semua tingkat. Kenapa ya?

Macam sekarang, saya duduk di tingkat genap, terasa cukup sukar kerana lif ke semua tingkat sentiasa digunakan dan masa menunggu menjadi lebih lama. Saya tak faham kenapa? Adakah kepercayaan tertentu atau sebab keselamatan atau sebab lain.

Kenapa ya?

Ada sesiapa boleh jelaskan?