Mudahnya Nak Curi Kereta

7 04 2009

Sabtu minggu lepas, saya dan isteri beserta anak ke Tasik Permaisuri. Saya nak jogging manakala anak dan isteri beriadah di taman permainan Kanak-Kanak. Elok sahaja saya parking, ada seorang lelaki datang menyapa saya,”Bang ambil masa sikit boleh?”

“boleh”
“Abang sayang kereta abang?”
“ya,”  jawab saya ringkas.
“Kereta Waja abang ni kalau hilang, abang sedih tak?”
“memanglah sedih”
“Apa perasaan abang kalau saya kata, kereta abang ni senang sahaja nak dicuri”

Saya diam sahaja. Tunggu respon dia.

“Kereta Waja ni senang sahaja nak curi,” sambungnya lagi.
“Macam mana?” Saya nak tahu jugak senang macam mana…
“Baiklah saya tunjukkan,” katanya sambil menyeluk tangannya di bahagian atas tayar hadapan. Diselaknya pelapik dan menarik sesuatu secara automatiknya terbuka bonet depan kereta saya.

“Abang tahu apa saya nak buat lepas ni?”
“tak tahu”
“Kalau saya pencuri, saya akan potong wayar alarm tu,” sambil menunjukkan kepada wayar alarm.

“Lepas tu, apa saya akan buat? Saya akan bukak pintu kereta abang, saya tiada kunci, abang tahu macma mana nak bukak?”
“Tak tahu”
“Dia tunjuk pada kotak fius dan dia kata di situ dia boleh unlock kunci kereta”
“Hmmm…”
“Abang tahu macam mana saya nak start enjin kereta?”
“Tak tahu”

“Guna duit syiling 20 sen sahaja!” Jelasnya sambil menunjukkan duit Syiling 20 sen dan dia pun menunjukkan cara nak hidupkan enjin menggunakan duit 20 sen. Cuma letak pada kepala enjin tu dan pulas. Terus hidup enjin.

“Senang kan?”
“Ya, senang”
“Sekarang ni apa abang nak buat kalau nak selamatkan kereta abang? Sekarang ni orang curi kereta bawah 30 saat! Dan jual kadang kadang pada harga RM200 ja. Abang bayar bulan bulan pun lima ratus lebih orang jual RM200 ja! Angin tak?” Katanya sambil menunjukkan keratan akhbar yang dibawanya.
“Memanglah frust”

“Apa kata, abang cuba produk kami, kalau orang dapat bukak, ia tak akan dapat start kerana ia dikawal oleh sistem kami. Kalau abang nak start, abang kena ada kad atau remote control, barulah enjin dapat dihidupkan”
“Hmmm… Canggih”

Lepas tu dia pun terangkan bermacam kelebihan produknya. Pada saya memang bagus tetapi saya nampak kelemahannya sebab dia kata dia boleh tolong pasangkan dan bayar pendahuluan RM20. Lepas tu, ikut ansuran bulanan. Harga lebih kurang RM1.6K.

Hmmm… Puas dipujuknya tetapi, saya tak dapat nak beri keputusan sebab kosnya memerlukan saya membuat perancangan lebih lanjut. Saya tak suka sangat buat secara ansuran. Saya lebih suka secara cash melainkan amaunnya amat besar seperti pembelian rumah, kereta.

Tapi secanggih mana pun, tetap ada kelemahannya. Saya nampak kelemahan sistem tu. Tengok cara pasang pun mudah, kalau orang tu ada pengetahuan tentang sistem tu, senang ja nak buang.

Hmmm… Tengah dok pikiaq lagi… Tapi memang mudah sungguh orang nak curi kereta!





Jenaka: Nak Cerita Pun Malas

7 04 2009

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak adayang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya,”Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.” Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,”Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas, tuanku.”