Batu Jatuh

16 03 2009

Hmmm… Maaf tak dapat update seperti biasa kerana bercuti di kampung ketika ini. Tengahari tadi saya bertolak dari Penang ke Alor Setar. Sebelum persimpangan Sungai Petani Selatan, saya mengekori sebuah Naza Citra. Di depan Naza Citra tersebut ada sebuah kereta Proton Wira. Di depan Proton Wira tersebut adalah sebuah Treller yang membawa muatan batu bata.

Mulanya semuanya ok sampailah tiba-tiba batu sebesar saiz bata dari atas treller tersebut jatuh tapi nasib baik tidak kena Proton Wira tersebut tetapi Naza Citra tersebut gagal mengelak dari melanggar batu tersebut dan batu tersebut berpusing-pusing ke arah kereta saya.

Saya cuba mengelak tetapi gagal dan terlanggar batu tersebut. Alhamdulillah semuanya terkawal dan mujur tayar saya tidak apa-apa dan memang mencemaskan. Kemudian saya terus memintas treller tersebut dan selepas agak lama dan pulih dari kejutan tersebut barulah saya teringat nak ambil nombor pendaftaran treller tersebut tapi dah terlewat.

Selalunya saya memang jarang mengekori treller tapi tadi saya ingatkan ada dua biji kereta di depan, tidak berlaku keadaan yang tidak diingini, rupanya agak bahaya jugak. Lepas ni memang kena lebih jauh dari treller!


Tindakan

Information

3 responses

17 03 2009
Hokage

mujurlah batu bata tidak melekat di cermin kereta ….

Sama jugak kalau tidak mengekori kenderaan besar seperti lori lain , batu kerikil jalan selalunya akan melantun ke cermin kereta .. Kereta ninja dah 2 kli terkena tetapi mujurlah tidak pecah cermin, kesan retakan tetap ada .

Nak marah kat pemandu lori berkenaan pun tidak guna , kerana andai cermin pecah , adakah pemandu lori perlu disalahkan ??? ekeke ..tukar baru lor ….

17 03 2009
saifulazrul

Hokage,

Sebab tu kena ambik insurans cermin sama. Saya nak ambik tapi kena ambik gambar dahulu. Memandangkan cermin kereta saya sedikit retak, terpaksalah tangguhkan dulu…

23 03 2009
adamruslan

Pernah kena dekat haiway PLUS. Lama dah. Tapi tak de pape. Batu sebesar bata merah dibelah dua. Memang lepas kena darah berderau. Haha.

Baru ini kena dengan batu kecil yang terpelanting dari kereta depan. Masa kena tak de apa2. Dah lama lepas tu baru cermin retak. Biar dulu. Ada insurans cermin. Tangguh dulu la.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: