PPSMI

7 03 2009

Hari ni akan berhimpunlah pejuang pejuang bahasa dan golongan yang membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Suatu detik yang bakal mencatat sejarah kerana bukan mudah untuk melihat pejuang pejuang bahasa yang non partisan berarak menyuarakan rasa kecewa dengan dasar kerajaan. Dahulu pernah juga diarak Keranda 152.

Secara peribadi saya memang membantah PPSMI ini sejak ia mula dilaksanakan. Ia sebenarnya adalah satu dasar mi segera yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melakukan kajian terperinci dan merujuk kepada mereka yang arif. Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, ini bukan caranya tetapi memantapkan silibus matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

Paling kasihan adalah anak-anak kampung yang tidak memahami Bahasa Inggeris. Sudalah Matematik dan Sains adalah subjek yang mencabar ditambah pula dengan ketidakfahaman Bahasa Inggeris, sudah tentu merencatkan proses pembelajaran.

Kalau dilihat negara yang cemerlang dalam matematik di dunia mempelajari Matematik dalam bahasa Ibunda mereka. Lihatlah Jepun, Jerman, Korea dan Russia. Saya rasa tak perlu saya hujah panjang kerana dalam e-book yang diterbitkan secara percuma oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan cukup lengkap menghuraikannnya. Anda boleh muat turun di sini.

Muat Turun Ebook Mengapa Kami Bantah PPSMI


Tindakan

Information

3 responses

7 03 2009
redghost

ya betol…
pernah tengok engineer Jepun (Honda/Toyota/NIssan) cakap dalam bahasa inggeris?????
Pernah gi Quebec,France???? sana nak kerja kene cakap france bro…English tak layan.

10 03 2009
Sinar Mentari

PPSMI Perosak Bahasa Melayu!

11 03 2009
saifulazrul

Deksan Mansuhkan PPSMI memang semakin kuat. Tapi la ni kena tunggu dan lihat sekejap. Kalau tak jalan jugak, GMP akan buat tindakan terbaru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: