Ribut

17 02 2009

Hmmm… Tadi selepas waktu pejabat, saya agak terkejut kerana kesesakan jalanraya yang amat teruk. Dari Taman Jaya, Bandar Tun Razak hinggalah ke Sungai Besi sesak teruk. Dari laluan Bandar Tun Razak ke Bandar Sri Permaisuri pun teruk tambahan pula lampu isyarat tidak berfungsi. Semua tak mahu mengalah. Jadilah kesesakan jalanraya yang amat teruk hinggakan saya yang naik motor pun tersangkut!

Saya singgah di pasar malam, sempat berbual dengan peniaga di situ yang maklumkan tadi ribut yang amat dahsyat. Katanya di Sungai Besi habis bumbung bumbung gerai terbang. Tak pastilah pulak sebab saya bekerja dalam bangunan dan tak perasan pun ribut.Ā 

Bila saya balik rumah, terkejut sungguh bila tengok bilik tengah rumah saya dah banjir! Bilik yang saya ceritakan tentang komputer saya basah hari tu. Kali ni tingkap dah tutup tapi disebabkan angin terlalu kuat habis basah satu bilik. Langsung tak boleh bukak komputer! Aduh… Sayangnya. Jangan rosak cukuplah. Saya jemur bawah kipas dulu malam ni. Harap semuanya ok.

Buku-buku dalam bilik tengah habis basah. Yang cukup menghairankan saya, air bertakung sampai atas almari! Hmmm… Memang serik kalau jadi macam ni. Seingat saya jadi dahsyat macam ni waktu tahun awal 2006 dulu. La ni 2009 jadi balik dua kali!

Apa pun, Alhamdulillah sebab ia ujian kecil ja. Ada yang kena ribut sampai hilang tempat tinggal. Lepas ni kena buat kerja mengeringkan bilik tu!





Penangan Jdeveloper 11G Part II

17 02 2009

Adoi, memang berbisa penangan Jdeveloper 11G ni. 18 Febuari ni adalah due date yang diberikan oleh My Boss untuk siapkan tugasan. Hmmm… Maknanya esoklah. Ketika ini pun saya masih lagi di pejabat cuba mencari solution yang sepatutnya sampai pening kepala dengan bermacam konsep dan architecture yang perlu saya fahami.

Team saya bertungkus lumus mempelajari teknologi yang masih baru di Malaysia ni. Rasanya kami satu-satunya group yang develope software menggunakan Jdeveloper 11G di Malaysia dan di dunia pun baru lagi. Memang pening nak dapatkan resource dan expertise. Asyik-asyik kena tanya pakcik google. Adoi…Ā 

Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi. Paling utama ialah tugasan lain yang diberikan. Nak maintain fasa 1 lagi, nak masuk meeting itu dan ini lagi. Saya sampaikan dah bosan sebab asyik meeting ja. Kalau nak buat programming kena ada kosentrasi yang tinggi tapi elok nak dapat ilham ada yang call minta tolong itu ini. Adoi, bila nak dapat buat ni. Mulai semalam, saya dah bertekad nak ketepikan dulu kerja lain sebab nak kena kejar dateline. Kalau kerja semata-mata buat development, tak kisah sangat tapi dengan banyak lagi tugasan lain, memang membebankan…

Satu lagi masalah ialah resource PC saya. La ni processor memanglah 3.2GHz tapi bukan core 2 duo. RAM walaupun 2GB tapi bila gunakan Jdeveloper 11G, minimum requirement ja dah 2GB! Kalau minimum 2GB, kena ada kurang kurang 3GB atau 4GB baru boleh lakukan tugas dengan selesa. Apa yang jadi la ni, saya asyik kena restart PC sebab dah sampai limit dan hang. Memang tension buat kerja macam ni.

Apa pun, saya kena cuba selesaikan walaupun memang amat mencabar dan tertekan. Dok kat rumah pun asyik terfikir benda ni ja. Hmmm… Kalau tak dapat jugak selesai, terpaksalah tahan telinga bila My Boss marah. Adoi, ngerinya saat itu!