Eksiden

16 02 2009

Hmmm… Tengari tadi sewaktu rehat, saya bergegas ke sekolah isteri saya untuk hantar lap top rakannya. Setelah itu terus saya bergegas nak berehat sekejap di rumah. Saya mengikuti sebuah pajero merah dari sekolah dan keluar dari simpang. Tiba-tiba Pajero tu berhenti dan bagi signal nak buat U-turn, saya hairan  kerana simpang tersebut mana boleh buat U-turn kerana dikhaskan untuk kereta membelok masuk ke Apartmen Sri Penara sahaja. 

Saya pun teruskan perjalanan tetapi tiba-tiba ada sebuah kereta membelok masuk ke Sri Penara dan saya cuba mengelak tetapi tetap bertembung sedikit dengan kereta tersebut. Pedih sikit di kaki tetapi tidak luka manakala kereta tersebut pecah nombor pendaftaran kenderaannya. motor saya tiada kerosakan langsung. Alhamdulillah selamat.

Lalu pemandu terbabit minta maaf kerana salah beliau. Beliau maklumkan terlindung dengan pajero yang nak buat U-turn tu. Silap tak sempat nak ambil nombor pendaftaran pajero tersebut. Apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.

Moral of the story, Jangan buat U-turn ditempat yang tak sepatutnya kerana kadangkala ia menyusahkan orang lain !


Tindakan

Information

4 responses

16 02 2009
anese

Sy pun byk kali jugak berdepan dgn pemandu mcm ni..hanya berserah pada tuhan je..sbb kalau kite berhati2 pun ada manusia yang tak macam kita…

16 02 2009
Saiful Azrul Che Lah

Alhamdulillah semuanya selamat. Kepada Allah kita berserah…

17 02 2009
adamruslan

Helmet ada sticker Sirim dah pakai. Sticker reflektif pun dah lekat. Baju cerah pun dah pakai. Tapi bawak moto cemana punya cermat pun, kalau orang lain yang bawak kereta tidak konsiderate, jatuh jugak kita.

17 02 2009
saifulazrul

Betul tu Adam, yang paling saya risaukan ialah pemandu kereta yang tiada pengalaman menunggang motor. Depa tak berapa tau sangat situasi orang yang naik motor. Kalau pemandu kereta yang biasa menunggang motor ni, depa faham sikit situasi yang dihadapi oleh penunggang motor ni.

Apa pun yang paling penting ialah sikap…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: