Medical Check Up

15 02 2009

Alhamdulillah, semalam wife saya melakukan medical check up kerana mengandung kali kedua. Alhamdulillah semuanya dimaklumkan oleh Doktor lengkap sifat dan sudah ada denyut jantung. Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. Betapa Indahnya perasaan ini!

Rupanya dah 11 Minggu 2 hari bukannya 8 minggu seperti yang kami jangkakan. Sayangnya waktu medical check up kali ni, saya tak masuk sebab sibuk mengejar Syasya yang berlari-lari di luar klinik. Bila dah dapat tangkap Syasya dah giliran wife rupanya.

Alhamdulillah… Bersyukur kepada Allah… Doakan semuanya akan berjalan lancar nanti… InsyaAllah… Amin…