Hari Valentine

14 02 2009

Oh ya… Hari ini 14 Febuari 2009. Hari Valentine. Semalam lagi saya terperasan hari Valentine kerana cikgu tadika anak saya mengajar anak saya membuat kad ucapan Valentine’s day. Saya kurang senang dengan tindakan guru tersebut tetapi memandangkan guru tersebut adalah bukan Islam, saya beranggapan mereka tidak begitu tahu hukum hakam kita. 

Lalu saya ceritakan kepada anak saya, Syasya yang berusia 2 tahun 5 bulan tentang Valentine Day ni tidak disambut oleh orang Islam. Walaupun dianggap sebagai hari berkasih saya pun, saya rasa seolah tidak kena. Namun apabila melihat betapa promosi Valentine’s Day dilakukan secara besar-besaran dalam media dan lain-lain yang juga melibatkan Umat Islam, saya tidak mengerti.

Saya tidak mengerti mengapakah sebegitu jadinya. Hari Valentine merupakan satu hari yang diolah sebagai satu jarum halus untuk melemahkan akidah Umat Islam.

Saya ingin memetik sedikit apa yang saya baca dalam sebuah buku yang baru saya beli. Buku Siri Mencari Keberkatan: Rahsia Untuk Umat Islam oleh Nazri Zakaria yang menghuraikan sejarah Hari Valentine.

Ia bermula oleh Orang Romawi yang merayakan satu perayaan yang dikenali sebagai Lucipercalia untuk memperingati Juno (Tuhan wanita dan perkahwinan) serta Pan  (Tuhan dari alam ini). Pesta ini membolehkan lelaki dan perempuan yang menghadirinya memilih pasangan masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan dan kemudiannya diundi. Kemudian mereka saling menukar hadiah sebagai tanda cinta mereka. Mereka berpesta dalam keadaan bogel sehingga pagi dengan bebas melakukan apa sahaja.

Kemudian apabila agama Kristian disebarkan, mubaligh Kristian memberikan pengertian yang berbeza tentang perayaan ini dan mereka menukarnya kepada Valentine’s Day dan diawalkan sehari sebagai penghormatan kepada paderi Kristian, St. Valentino yang dihukum mati pada 14 Febuari 496 Masehi.

Ada dua versi sebenarnya… Secara ringkas saya ceritakan

Versi pertama:

St. Valentino merupakan seorang paderi yang amat berperanan menundukkan Kerajaan Islam Sepanyol hingga dianggap kekasih oleh Ratu Isabella dan 14 Febuari dianggap sebagai hari merayakan kejayaan menewaskan  Kerajaan Islam Sepanyol.

Versi Kedua:

St. Valentino mempunyai dua kekasih iaitu Kekasih beragama Islam dan juga seorang lagi beragama Kristian Mazhab Protestan. Apabila diminta oleh Ratu Isabella apakah ganjaran yang dihajatinya setelah menewaskan Kerajaan Islam Sepanyol, St. Valentino mahu dibenarkan berkahwin dengan kekasihnya yang bermazhab Protestan. Ini menimbulkan kegemparan apabila St. Valentino bermazhab Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan orang Mazhab Protestan apatah lagi St. Valentino adalah seorang paderi yang tidak dibenarkan berkahwin lalu dihukum bunuh oleh Ratu Isabella.

Tetapi jasa St. Valentino tetap diabadikan oleh Ratu Isabella dan diraikan sebagai Hari Kekasih.

Jadi mengapa masih mahu kita sambut hari Valentine? Sebab itu para mufti sudah pun mengeluarkan fatwa berkenaan sambutan Hari Valentine ini. Amat sedih apabila ramai juga muda mudi yang tidak menghiraukan larangan dan menyambutnya dengan penuh rasa bangga. Secara halus dakyah musuh Islam sudah pun menyelinap dalam masyarakat Islam kita.

Marilah sama-sama kita perbetulkan kesalahan kita. Andai kata kita sebelum ini jahil, marilah sama-sama mencari sedikit ilmu buat bekalan kita pada masa depan.

Saya juga memperingatkan diri saya dalam hal ini, moga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa, InsyaAllah…


Tindakan

Information

4 responses

14 02 2009
redghost

ustaz… di papan kenyataan pejabat saya..CEO dah tampal, hari valentine adalah HARAM di sambut oleh ISLAM….

nak tanye satu (keluar tajuk sikit)… kat Indonesia ade Kristian kawin ngan Islam… cemane tu ye?????
kalo tengok citer ‘berbagi suami’ pon ade tunjuk kristian + islam

14 02 2009
saifulazrul

Ya tepat sekali! memang HARAM disambut oleh Umat Islam. Mufti pun dah keluarkan fatwa.

Di Indonesia dan di mana-mana pun, itu merupakan satu pengaruh fahaman Islam Liberal yang cuba memesongkan Umat Akidah Umat Islam secara halus.

14 02 2009
AJ

saya ada pergi pemantapan akidah di jelebu dianjurkan oleh JAKIM..ada juga diceritakan tentang islam liberal di Indonesia…saya sudah lupa nama insan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa membenarkan perkahwinan campur agama ini..boleh tak cikgu ceritakan serba ringkas agar saya tidak terus sekular..hehehehe..

haramkan sambutan ini..memesongkan pemahaman dan perpaduan umat islam terutamanya anak2 kecil..saya awal2 lagi dah sound direct kawan2 yang lagak nak bergurau senda dengan valetine day ni..bukankah elok hari2(setiap detik sebenarnya) adalah hari mengingati kekasih kita yang SATU..ALLAH YANG ESA..

30 07 2010
m.zyn

salam.. kat mana nak beli Buku Siri Mencari Keberkatan: Rahsia Untuk Umat Islam oleh Nazri Zakaria ni.. susah betul nak jumpa..
nak beli kat mana?….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: