Aduhai Komputerku

10 02 2009

Tadi sewaktu saya balik dari pejabat selepas hujan lebat reda, terus saya masuk ke bilik tengah untuk on komputer. Kemudian saya keluar dari bilik dan kemas sikit rumah dan selang beberapa lama saya masuk balik ke bilik tetapi tengok Monitor gelap ja.

Terus saya reset dan onkan semula sambil keluar dari bilik dan ke peti ais untuk minum. Kemudian saya masuk balik tengok gelap lagi monitor ni. Aik, tak kan Syasya main kot. Check sekali lagi, Ya Allah! air bertakung atas meja dan saya dapati monitor saya basah dan air dah masuk ke dalam. Macam mana saya tak boleh perasan dari awal tadi. Adoi! Kena jemur dulu lah monitor ni. Jangan rosak sudahlah…

Hmmm… Awat tak tutup tingkap aih… Saya tanya wife dan yang bestnya kami dua-dua tak mengaku siapa yang bukak tingkap tu. Hehehe…  Hmmm… Nasib baik CPU dan modem ok ja. Kalau nak online lepas ni dari rumah, kenalah pakai lap top wife saya.

Harap-harap ia tak rosaklah…





Lewat

10 02 2009

Hmmm… Pagi ni saya dah turun awal untuk ke pejabat tetapi bila tengok keadaan motor yang tak guna double stand, saya dah agak ada masalah sebab malam tadi hujan lebat. Saya memang gunakan double stand tapi rasanya ada yang ubah sebab nak keluar kot. Tempat parking motor di Apartmen saya memang sesak, jadi perkara biasalah kalau alihakn motor orang nak keluar.

Cuma bila pakai tongkat biasa, air akan masuk dalam kerburetor. Adoi, memang ambik masa sebab air dah bercampur dengan minyak. Kalau ada pemutar skru, saya senang ja nak buang air tu tapi dengan Syasya lagi, memang payah. Saya ambik masa 20 minit nak panaskan semula enjin. Lepas 20 minit baru semuanya jadi OK.

Saya dah tanya pomen dan dimaklumkan ni memang masalah biasa Honda EX5 lama. Apa nak buat motor tu dah berjasa banyak dah. Keluaran tahun 1996 lagi dan masuk tahun ni dah cecah 13 tahun dah usianya!

Last sekali sampai lewat ke pejabat walaupun hanya 7 minit lewat!





Derhakakah?

10 02 2009

Derhakakah Tun Perak apabila tidak melaksanakan titah Sultan Melaka membunuh Hang Tuah?

Derhakakah Hang Jebat menuntut bela penindasan ke atas Hang Tuah?