40 Minggu Nan Indah

4 02 2009

40 Minggu Nan Indah merupakan sebuah buku terbitan Karangkraf yang telah saya beli sebelum saya berkahwin lagi sebagai persediaan menghadapi saat-saat indah kelahiran zeorang zuriat. Selepas berkahwin, buku ini adalah teman setia isteri saya yang banyak memberikan isteri saya maklumat dan panduan. Memang ia merupakan sebuah buku yang padat dengan informasi.

Ketika sudah melahirkan anak, buku ini disimpan oleh isteri saya dan kebetulan seorang rakannya yang ketika itu pelatih KPLI JQAF mengandung meminjam buku ini. Pelatih KPLI JQAF tidak dibenarkan mengandung dan perlu menangguhkan semester jika mengandung tetapi rakan isteri saya berkeras tidak mahu memaklumkan kepada pihak institut walaupun dinasihatkan berbuat demikian.

Kawan isteri saya berjaya melindungi perkara itu sehinggalah ia melahirkan anak tetapi ia dihidu oleh pentadbiran sekolah tempat rakan isteri saya bertugas. Akhirnya apabila ia sampai ke pengetahuan Institut Perguruan, dia dibuang.

Buku itu bersamanya dan ketika isteri saya cuba menghubungi rakannya, langsung tidak berjawab dan dimaklumkan dia sudahpun berpindah melarikan diri bersama buku itu. Hmmm… Mulanya tidak kisah sangat tetapi apabila isteri mengandung sekali lagi, isteri saya nak sangat kepada buku itu.

Terus saya berusaha mencari di merata-rata kedai buku. Akhirnya rasa macam nak buat tempahan sahaja kepada Karangkraf. Saya buka website Karangkraf tetapi masalahnya online Maybank2u tidak menerima transfer Fund kepada Syarikat (Kenapa ya?). Nak buat bayaran kena pi ke Maybank. Tapi RM8.90, jadi kena pi kaunter. Memikirkan bahawa kalau order macam tu, saya kena tunggu 5-8 minggu, saya nekad terus nak ke pejabat Karangkraf.

Tapi masalahnya saya susah nak ambik cuti dalam masa terdekat ni. Jadi saya memang dah plan pada Cuti Hari Wilayah sebab office di Selangor dan Selangor bekerja macam biasa. Jadi saya bertolak kira-kira jam 11.15 pagi ke Shah Alam. Mengikut alamat di Seksyen 15 Shah Alam. Saya ni memang area Shah Alam tak begitu pakar sangat. Cuma mengikut sahaja papan tanda.

Elok jumpa pejabat Karangkraf dah pun pukul 1 tengahari. Saya dimaklumkan oleh pengawal kena pi ke Seksyen 16 tapi saya kata, dalam borang langganan tulis alamat Seksyen 15. Saya mengalah sebab maybe sini just untuk urusan langganan dan penjualan di sana.

Guard tu pun habaq macam mana nak sampai ke Pejabat Karangkraf Seksyen 16. Katanya daripada pejabat Karangkraf Seksyen 15 terus sehingga jumpa bulatan dan ambil 12. Kemudian terus sampai jumpa bulatan dan ambil 3. Bangunan Karangkraf tu adalah bangunan kedua. OK, saya pun pi sana tapi saya tak jumpa pun bulatan kedua!

Saya dah confuse dan pusing merata-rata dalam Seksyen 16 tu. Memang betul Seksyen 16 tetapi tak jumpa-jumpa pun. Adoi, memang penat! Sampailah saya mengalah dan bertanyakan seorang lelaki penduduk di situ. Dia pun maklumkan lokasi bulatan tu. Rupa-rupanya bulatan tu ada lima simpang! (Jadi boleh ka anggap no 12, bagi saya no 1 kot. Faham tak? Hehehe…). Dia kata bila ambil 3, terus lagi dan buat U-turn kerana Tempat itu adalah tempat untuk beli buku manakala bukannya yang guard habaq sebelum ni.

Akhirnya saya sampai. Memang gembira! Tapi dimaklumkan oleh Guard di situ, kedai ditutup sebab cuti. Cuti? Aik, Selangor pun cuti ka hari Wilayah. Hairan saya. Dia kata orang yang jaga cuti, jadi kira kedai tu cuti hari tu. Adoi. Ikut hati saya nak terus balik ja, tapi dah alang alang seluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Terus saya kembali ke Seksyen 15. Rupanya, di Seksyen 15 dah kehabisan stok dan minta saya datang lagi esok. Tapi staf situ yang dikenali sebagai Kak Zie tanya saya dari mana, saya jawab dari Cheras.

Jadi dia kesian dan cuba bantu. Alhamdulillah. Dia minta saya ke Seksyen 16 dan saya pun ceritakan apa yang berlaku. Dia semak jadual cuti memang staff berkenaan cuti tapi dia cuba bantu. Dia telefon kawan di Seksyen 16 untuk reserve buku tersebut kepada saya apabila saya pergi selepas tu.

Elok saya ke Seksyen 16, guard di situ terkejut saya kembali dan minta saya back up dia kalau dia kena marah benarkan saya masuk. Saya kata ok sebab dah dapat greenlight dari Kak Zie tadi. Rupanya situ tempat novel ja. Adoi rupanya bangunan Karangkraf yang satu lagi depan sahaja bangunan tu. Silap saya juga sebab dengar kata penduduk tu bukannya guard di Seksyen 15.

Terus saya ke bangunan tu dan Alhamdulillah dapat buku yang saya nak. Memang isteri saya kepingin nak baca buku tu sebagai panduan. Alhamdulillah akhirnya dan dapat diskaun lagi.

Special Thanks to Kak Zie di Kedai Buku Karangkraf Seksyen 15 walaupun saya tak kenal dia dan dia tak kenal saya tetapi atas bantuan beliau, saya dapat buku yang ingin saya beli. Begitu juga kepada mereka yang membantu. Terima Kasih… Saya sarankan anda yang mengandung atau isteri anda mengandung membeli buku ini… Cukup berinformasi dan padat!

40 Minggu Nan Indah…


Tindakan

Information

7 responses

5 02 2009
yeen

Bagus jugak ek buku ni.. cayalah ustaz, usehe itu tangge kejayaan, sure ur wife terharu ngan cite ni.. insyaallah kalau saye balik mesia, nak beli buku ni simpan.. maneee la tau ade rezeki 2nd baby.. anyway, congrats 4 the new upcoming baby😉

5 02 2009
saifulazrul

Thanks Yeen, Wife saya join sekali pi beli hari tu. Buku ni memang banyak bri panduan dan mudah dibawa ke mana-mana. InsyaAllah… Doakan yang terbaik untuk semua…

7 05 2009
bibie

assalamualaikum ustaz,saya berminat nk memiliki buku nie tapi skrg saya d Sabah…da lama saya ingin mendapatkannya namun tiada d jual d sini… bagaimana ka caranya untuk saya mendapatkan buku ini…….kalau boleh ustaz tolong maklumbalas ke email saya…terima kasih

7 07 2009
Nurul Niza

nak cari sgt buku ni, tp tak dapat2…ada sumber tak??

28 02 2010
ibu aila

buku ni sye dapat mase tengah mabuk.kebetulan malam tu lepak kat restoren kakak.meleleh airmate sebab xleh bau masakan.untuk elak muntah kat situ sya dan huby masuk kedai buku kat sebelah restoren tu.nampak terus beli.balik rumah saye sampul elok2.dah 4 tahun simpan.nak mengandung lagi pun x takut sebab banyak panduan.

28 09 2010
cda

bagusnya buku nih…nampak gaya kena berusaha juga utk dapatkan buku nu ni..kandungan saya da masuk 4bulan..harap tidak terlambat…

14 12 2010
annie

salam,
saya mmg cari buku ni kebetulan ade kenalan bgtau ade booth karangkraf jual kat Plaza Alam Sentral.. Mlm td juga saya pegi beli… rezeki saya tgl satu je lg buku ni… dpt la saya beli.. alhamdulillah… buku ni keluaran Karangkraf rangkaian buku Pa&Ma….. bagus sgt….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: