Selamat Pengantin Baru

3 02 2009

Selamat Pengantin baru saya dan famili ucapkan kepada Sya’hed Jaafar dan Suhana Redzwan atas perkahwinan yang dilangsungkan pada 01 Febuari 2009 lalu. Semoga bahagia selamanya, InsyaAllah… (Dulu Ustazah saya pesan jangan ucap Semoga bahagia ke anak cucu, nanti bahagia sampai anak cucu ja. Lepas dapat cucu, rumahtangga berantakan. Hehehe… Logik jugak, sebab tu saya akan ucapkan semoga bahagia selamanya…)

Saya bertolak kira-kira jam 3 petang. Memang lambat sikit sebab keletihan sikit lawan futsal sehari sebelum tu. Saya lalu Jalan Loke Yew dan terus masuk ke area Dataran Merdeka. Tapi, elok sampai ke kawasan tu, jalan ditutup kerana ada pameran kerjaya Angkatan Tentera Malaysia. Hmmm… Puas saya masuk short cut sana sini. Adoi, banyak pulak kereta. Nak jalan dalam 100 meter pun ambik masa lama.

Last sekali setelah sabar menanti dapat pun begerak. Satu lagi masalah! Saya lupa bawak kad kahwin, jadi saya pakai hentam sahaja lah ikut yang saya ingat area Kampung baru ni. Last sekali jumpa. Saya dah turun kat Dewan Orang ramai tu tapi tengok-tengok kenduri orang lain. Malunya, terus masuk balik kereta dan cari lagi. Rupanya tadi Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru. Banyak jugak kampung di dalam kawasan Kampung Baru ni!

Kemudian, Alhamdulillah jumpa. Cuma dah terlewat tapi waktu tu pengantin kena paksa nyanyi lagu berduet. Hehehe… Sedap jugak suara depa. Lepas makan dan sembang-sembang, saya pun terus pulang walaupun awalnya nak jenguk anak Kak Shidah tapi dah wife pun tak berapa larat. On the way pi kenduri pun, dia muntah-muntah lagi dalam kereta.

Apa pun Buat Suhana dan Sya’hed, SELAMAT PENGANTIN BARU!

p/s: Kedua-dua mempelai adalah rakan sepejabat saya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: