Tutorial Nuffnang

1 02 2009

Pernahkah anda dengar tentang Nuffnang?

Apa itu Nuffnang? Nuffnang ialah sebuah blog yang diasaskan oleh dua anak muda berketurunan Cina yang menyediakan medium pengiklanan kepada blog blog. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Contohnya apabila ada pengiklan yang mahu mengiklankan barang mereka, mereka akan memaklumkan kepada Nuffnang dan memberi material tersebut kepada Nuffnang. Jadi para bloggers yang mendaftar dengan Nuffnang dan memasukkan kod nuffnang dalam blog mereka akan dapat melihat iklan tersebut dalam blog mereka.

Sekiranya ada pelawat yang melawat blog anda dan klik pada banner iklan tersebut, ia akan menjana pendapatan kepada anda berdasarkan jenis keahlian anda. Jika anda adalah ahli biasa, satu klik anda akan dapat RM0.15 sahaja. Jika anda adalah ahli gliteratti, anda akan menjana RM0.25 bagi satu klik oleh pengunjung website anda. Untuk mencapai taraf ahli gliteratti, anda haruslah tidak melanggan medium pengiklanan yang lain dalam blog anda seperti adbrite, advertlets, adsense dll.

Contoh yang saya buat anda boleh masuk ke Laman Saiful & Huda dan Laman Back Up Diari Saiful. Kalau ada iklan Nuffnang terpapar, tolonglah klik. Hehehe… Cuma Kadang kala ia tidak terpapar.

Saya lihat ramai dari sahabat bloggers saya yang menggunakan blogspot dan mempunyai jumlah pengunjung yang agak memberansangkan. Jadi, jika anda mahu anda boleh ikuti tutorial ini. Jika ada masalah, InsyaAllah saya akan bantu.

Pertama:-

Layari Laman Nuffnang di www.nuffnang.com.my.

Kedua:-

Sign Up as a Blogger seperti mana yang dalam bulatan pink di atas. (Sila Klik Imej untuk paparan yang lebih jelas)

Ketiga:-

Isikan Maklumat Lengkap. Pastikan nama anda adalah seperti yang tertulis dalam Nombor Kad Pengenalan. Ini penting kerana, ia akan menghantar cek kepada anda atas nama tersebut.

Keempat:-

Tunggu email untuk pengaktifan. Apabila anda terima email tersebut, anda aktifkan akaun nuffnang anda.

Kelima:-

Log in akaun anda pada Laman Nuffnang. Dan Klik pada butang yang berwarna hijau seperti dalam gambar di atas.

Keenam:-

Tambah Blog anda dengan klik pada Butang “Blog Manager”. 

Ketujuh:-

Kemudian, masukkan maklumat blog anda.

Kelapan:-

Tambah Script Nuffnang dalam Blog Anda. Klik pada Butang berwarna hijau seperti dalam gambar di atas. Kemudian Klik Butang “Add Ad”.

Kesembilan:-

Masukkan, kod-kod sumber yang dipaparkan ke dalam blog anda.

Untuk tutorial memasukkan skrip tersebut ke dalam blog anda, anda blog pilih jenis blog anda berdasarkan pilihan yang ada pada Laman Nuffnang tadi (Sila Rujuk Gambar).

Selepas anda masukkan kod skrip tersebut, akan terpapar iklan oleh Nuffnang pada blog anda. Jadi jika ada yang klik, anda akan mendapat ganjarannya. Ada juga pengiklan yang membeli bandwidth anda. Ini biasanya untuk blog yang cukup ramai pengunjung. Yang ni saya dah cuba dan dapat dalam masa 3 bulan RM300. Tapi kesemuanya masuk duit Kelab saya lah kerana saya letakkan pada website kelab saya. Yang personal, baru sahaja setting seperti yang anda lihat screen shot di atas.

Pendapatn bergantung kepada pelawat blog anda yang klik iklan Nuffnang tersbut, jika ramai yang klik, banyaklah pendapatan anda! Seminggu sekali, Nuffnang akan update pendapatan anda. Anda boleh semak menerusi akaun anda di Nuffnang.

Bagaimana? 

Nak cuba? Mudah kan?

Saya akan cuba bantu setakat yang termampu jika anda ada masalah. Sambil sambil menulis, sambil menjana pendapatan!


Tindakan

Information

3 responses

24 11 2010
dOraemon lurve

salam. nak tanye. actually, nuffnang nih kita kne bayar tak? kita dpt duit dri nuffnang dari segi apa? mcm mane kita boleh dpt duit? nuffnang tgk dari segi mcm mana tuh? thanks.

24 11 2010
Saiful Azrul

dOraemon lurve,
Nak join nuffnang ni free sahaja. Kita akan dapat duit dari bilangan orang klik iklan yang keluar pada blog kita. Cukup RM50, kita boleh calim hasil yang kita dapat…

24 11 2010
dOraemon lurve

just klik iklan sje ker? kalau kita x letak iklan tuh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: