Laman Saiful & Huda

25 01 2009

Alhamdulillah… Setelah bertungkus lumus selama beberapa jam, dapat juga saya siapakan satu Laman Khusus untuk Saya dan isteri yang kami namakan sebagai Laman Saiful & Huda.

Ia khusus sebagai satu kenang kenangan kami dari mula melayari bahtera rumahtangga hingga kini dan akan datang, InsyaAllah. Walaubagaimanapun diari saya ini tetap akan beroperasi seperti biasa sebagai meneruskan pembabitan saya dalam dunia blog/jurnal sejak dari tahun 2002 lagi (Boleh rujuk Arkib dalam Link Rumah Lama).

Apa pun, ia masih lagi dalam pembinaan dan akan ada beberapa perubahan lagi yang difikirakan sesuai. Jika berkelapangan, sila lah berkunjung ke Laman Saiful & Huda. Terima Kasih ūüôā





Solat Jumaat & Bersalaman Dengan Agong

23 01 2009

Hmmm… Tadi saya menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam, Taman Tenaga, Cheras. Kebetulan Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid yang sama. Apa lagi, saya terus ambil kesempatan untuk bersama-sama ribuan jemaah yang lain bersalaman dengan Agong.

Ketika waktu World Congress on Information Technology ( WCIT 2008 ) di KLCC pada tahun lepas, saya tak sempat nak bersalaman dengan Agong walaupun saya yang jaga booth sewaktu Agong melawat Booth PPUKM. Cuma my Boss ja yang sempat salam dengan Agong ketika itu Dalam gambaq kecik sebelah, saya berbaju merah hati/putih terlindung dengan boss saya.. SPB Yang Dipertuan Agong Sebelum ni pun pernah bersolat Jumaat di Masjid Taman Tenaga yang ada saya tulis dalam diari versi lama saya sebelum ini. 

Yang seronoknya tadi tengok gelagat kanak-kanak yang bersolat Jumaat semua berebut-rebut dapatkan sampul duit raya dari Agong. Depa semua seronok dapat RM4 dalam sampul kuning. Tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah gelagat dua kanak-kanak yang pada jangkaan saya berusia 9-10 tahun yang mencabar Polis Trafik agar bawak motor Trafik yang berkuasa tinggi tu. Selamba ja budak-budak tu. Hehehe… Polis trafik tu jeling semacam ja kat budak-budak tu.

Sebelum balik, saya tertarik kepada kereta peronda polis yang baru yang menggunakan kereta idaman saya Volvo S80! Bila lah saya nak dapat pakai Volvo S80…





Permata Hati Part II

23 01 2009

Oleh kerana saya memang minat bola, nampaknya minat saya dah turun kepada permata hati saya, Syasya Hana. Kalau game Kedah di sekitar Lembah Klang memang Syasya nak ikut sampaikan dia dah hafal nyanyi lagu biar jasa jadi kenangan.

syasyahana

Syasya Ikut Saya Main Futsal malam tadi

Kalau tengok warna hijau kuning atau bendera sahaja, dia akan sebut “Kedah” atau “Malaysia”. Game Malaysia lawan UAE hari tu pun Syasya turut serta tapi sebab Malaysia main agak boring kot dia tertidoq waktu second half.

Kalau saya pi main bola pun, memang Syasya akan ikut dan bawak bola dia sekali. Tapi kena ada geng jugaklah layan dia main. Tak pa, nanti kat rumah baru, saya nak ajaq dia main badminton pulak. Bola ni tak sesuai sangat kepada budak perempuan. Minat tak pa lah…

Memang pantang tengok bola!





Lewat

23 01 2009

Kebelakangan ni, saya beberapa kali lewat ke pejabat. Hmmm… Semuanya gara-gara nak kena hantar Syasya ke Tadika dulu. Kalau dulu 7.45 gerak dari rumah, sebelum pukul 8 dah sampai pejabat dah. Rileks ja. Tapi kali ni bila Syasya dah masuk tadika, keadaan jadi kelam kabut. Walaupun keluar jam 7.30 pagi, tapi agak susah sebab Syasya nak main-main dulu sebelum masuk kelas. Adoi!

Ada sekali tu, dia nak jalan-jalan dulu dekat kedai-kedai dekat tadika dia baru dia nak masuk tadika. Yang tu waktu awal dulu. Sekarang ni dia nak naik motor duduk di belakang! Kalau dah besar saya benarkan tapi memandangkan usianya baru dua tahun lima bulan, lebih baik duduk di hadapan agar mudah saya kawal. Selalu sangat dia minta nak duduk belakang, nak pujuk dia satu hal yang mengambil masa.

Apa pun dia memang suka ke Tadika. Alhamdulillah…¬†

Cuma tadika dia mula jam 9 pagi. Dan tadika dibuka dalam jam 7.30 pagi. Kalau cikgu-cikgu dia lewat, maknanya sampailah saya lewat ke pejabat. Lewat ke pejabat pun selalunya still terkawal, sebab selalunya bawah  5 minit tapi rasa macam tak best.

Rasa macam nak kena awal lagi tapi Syasya satu ja masalahnya, nak bangun pagi agak liat. Kesian pulak nak gerak anak semuda itu awal-awal pada ketika dia perlukan tidur yang cukup. Jalan yang saya nampak ialah nak kena ajak dia tidur awal. Tapi masalahnya, saya dan isteri memang ada kerja yang perlu disiapkan sebelum tidur. Jadi kalau kami tak tidur lagi, dia pun sama lah kecuali di terlalu penat.

Apa pun, saya kena fikir jalan lain agar win win situation saya dan Syasya…





Stay Back At Office

21 01 2009

Hmmm… Kalau kerja dalam bidang IT ni, stay back kat ofis adalah lumrah. Kalau sebelum berkahwin dulu, saya memang kerap stay back di ofis tetapi selepas kahwin timbul pula rasa bersalah terhadap anak dan isteri. Namun disebabkan tanggungjawab, ia harus dilakukan.

Sekarang dah pun masuk tengah malam. Saya masih lagi di pejabat bersama-sama rakan sepejabat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Memang penat tetapi demi tugasan ia harus diselesaikan. Kebelakangan ni memang agak sibuk sikit. Tambah merisaukan ialah keadaan wife yang agak tidak stabil kerana alahan mengandung. Risau jugak bila terpaksa di pejabat dalam jangka masa yang agak lama.

Tak dapatlah nak tengok ulasan sahabat saya Abang Muring di ASTRO AWANI berkenaan upacara angkat sumpah Presiden Amerika ke-44. Setiap kali beliau dijemput ke udara, pastinya saya akan terima SMS dari beliau mengajak saya turut sama mengikutinya. Kalau saya lapang memang saya akan sama-sama menonton kerana saya banyak belajar dari beliau. Anda boleh membaca nukilan beliau di Paripurna, Anadiplosis, dan Ekoposial.

Oklah berbalik kepada Stay Back at Office

Alhamdulillah saya berjaya buat session management untuk projek saya. Cuma nanti banyak lagi yang perlu dipertingkatkan. 

Oklah, nak sambung kerja semula. 

p/s: Jealous pulak tengok orang yang lepas office hour boleh terus rileks. Hehehe…¬†





Masalah Dalam Microsoft Excel 2007

20 01 2009

Sebenarnya masalah ini wujud sejak tahun 2007 lagi dan pihak Microsoft sudah diberitahu mengenainya.

Microsoft Excel 2007 mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah darab (multiply) yang berakhir dengan jawapan 65,535.

Apabila pengiraan darab yang memberi jawapan 65,535, Microsoft Excel 2007 akan memberi jawapan default 100,000.

Masalah ini sudah disampaikan kepada pihak Microsoft dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya.

Malang sehingga ke hari ini, masalah ini masih tiada jalan penyelesaian dari pihak Microsoft dan mungkin juga dari Texas Instrument.

Cuba kita selesaikan masalah darab dibawah dengan menggunakan Microsoft Excel 2007, pasti jawapannya akan menjadi 100,000

=850*77.1
=5.1*12850
=10.2*6425
=20.4*3212.5
=40.8*1606.25
=77.1*850
=154.2*425
=212.5*308.4
=308.4*212.5
=425*154.2

Jadi, kepada sesiapa yang mengunakan Microsoft excel 2007 untuk membuat account, sila semak semula account anda.

Sumber: http://www.rahsiakomputer.com/2009/01/14/masalah-dalam-microsoft-excel-2007/ (20/01/2009)





Gaza: Masih Ramai Yang Leka

20 01 2009

Tempoh gencatan senjata selama seminggu ini dilihat sedikit sebanyak meredakan keadaan yang cukup tegang ketika ini namun ia bukanlah penyelesaian yang dituntut dan sudah pasti Israel sedang berhelah untuk melakukan sesuatu. Seperti biasa dan kita sedia maklum, Israel adalah satu bangsa yang suka tidak menepati janji. Seorang rakan menceritakan kepada saya bahawa bangsa Yahudi mempunyai satu ritual untuk meminta diampunkan dosa atas janji janji yang mereka mungkiri.

Kelebihan Yahudi adalah pada ilmu yang mereka miliki. Disebabkan mereka merupakan satu bangsa yang membudayakan ilmu, mereka berjaya menjadi pelopor dalam pelbagai bidang penting hinggakan kita sendiri mendapat manfaat atas penemuan dan ilmu yang mereka canai.

Mereka mempunyai pelan jangka panjang untuk Bangsa mereka dan mereka cukup berdisplin mengatur langkah ke arah itu. Mereka mengetahui bahawa melalui ilmu mereka mampu menguasai ekonomi dan lain-lain. Dan setelah menguasai ekonomi, politik dan lain-lain mereka tahu bahawa mereka tidak dapat dicabar lagi.

Presiden Bush hanyalah boneka kepada mereka hinggakan dilihat seperti ‘remote control‘. Lalu ia dijelaskan lagi dengan keangkuhan Ehud Olmert yang begitu angkuh berkata Bush akan mengikut apa saja yang beliau katakan dan akan datang jika dia memanggil Bush. Cukup angkuh!

Kesemuanya disebabkan merekalah kuasa dunia ketika ini. Mereka tahu apa pun resolusi yang diluluskan PBB, apa jua ketetapan Eu dan apa jua keputusan Liga Arab ia langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Justeru, mereka dengan rakus melancarkan operasi membunuh rakyat Palestin di Gaza atas alasan memerangi Hamas.

Di negara kita, saban hari kisah di Gaza dipaparkan dengan penuh gaya untuk menarik perhatian kumpulan sasaran. Dalam blog-blog ia menjadi salah satu kupasan wajib untuk dikupas. Namun masih ramai yang tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi di Gaza. Masih ada yang alpa dengan keasyikan dan kenikmatan dunia. Langsung tidak terasa peritnya saudara kita di Gaza.

Ini adalah golongan yang berjaya ditarbiyah oleh musuh musuh Islam dengan hiburan melampau hingga lupa peranan yang seharusnya dimainkan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam satu hadis yang cukup kerap kita dengar, “Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci).”

Jadi kita perlu jelas dengan peranan kita berdasarkan hadis di atas. Lakukanlah setakat yang kita mampu. Untuk menentang lawan, kita harus melemahkan lawan. Jika kita berterusan melemahkan lawan, kita mampu menewaskan lawan sebaliknya jika kita menguatkan lawan, maka semakin sukarlah kita hendak menewaskan lawan. Jadi peranan kita harus dimainkan tidak kiralah sebesar dan sekecil mana tetapi ia harus dilakukan dengan penuh ikhlas.

Bab boikot, kita harus berpijak kepada realiti. Kita harus akui walaupun pahit, bahawa musuh kita sudah pun membina satu empayar yang membuatkan kita terpaksa bergantung harap kepada mereka. Ada yang mampu kita boikot dan ada yang terlalu sukar untuk kita boikot. Jadi dalam kes ini kita perlulah mengenalpasti terlebih dahulu apa itu Keperluan dan apa itu Kehendak. Contohnya dalam bab makanan, kalau kita boikot McDonald, ada atau tidak alternatif yang boleh kita cari. Ya memang banyak alternatif kepada McDonald. Jadi kita boleh boikot! Tetapi nampaknya masih ramai yang tidak menggunakan kuasa yang ada pada tangan kita. Entahlah sama ada kita langsung tidak terkesan dengan kejadian di Gaza atau memang tanpa McDonald sudah tidak dapat hidup lagi. Itu satu contoh.

Jika tidak mampu boikot pun, kurangkanlah sokongan kepada produk-produk yang sentiasa menyalurkan sumbangan kepada Israel. Memang ada beberapa perkara yang cukup sukar untuk kita boikot, contohnya dalam bidang pengkomputeran di mana, Bangsa Yahudi sudah begitu jauh meninggalkan kita hinggakan kita menjadi terlalu bergantung harap kepada mereka. Yang penting kita cuba setakat yang termampu kerana kini Amerika sudah pun terasa kesan kemelesetan ekonomi. Berpuluh ribu malah mungkin mencecah ratusan ribu sudah/sedang/akan kehilangan kerja. Jika kita mampu menggerakkan kempen boikot ini, sudah pasti ia akan sedikit sebanyak menyedarkan Amerika tetapi sudah menjadi lumrah kita tidak bersatu hati.

Ada yang kata, “Tak dak kesan punya!”

Tidak kurang yang berkata, “Kalau aku boikot, diaorang tak boikot sama je, baik aku tak boikot”

Dan banyak lagi dialog negatif yang dilontarkan atau pun kadang kala terlintas dalam hati ramai antara kita. Nyata di sini kita tidak Bersatu! Dan tanpa perpaduan kes di Gaza mungkin akan melarat dan mungkin juga boleh sampai ke Malaysia.

Begitu juga dengan sumbangan dana. Masih ada yang berat tangan menghulurkan sumbangan. Di sini suka saya ingatkan seeloknya kita pilihlah badan yang kita yakin sumbangan kita sampai kepada mereka yang memerlukan. Jangan sampai sumbangan kita akhirnya sampai kepada Fatah!

Marilah kita sama-sama sedarkan sahabat-sahabat kita tentang nasib saudara kita di Gaza. Sesungguhnya terdapat seribu satu pengajaran yang harus kita pelajari dan hayati. Jika tidak kita selamanya akan ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya.

Bayangkan sekumpulan warga Paletin dikumpulkan dalam sebuah rumah dan kemudian dihubungi jet pejuang Israel agar membedil rumah terbabit. Betapa Kejamnya Rejim Israel Laknatullah sedangkan dalam kaca TV Israel diulang-ulang cerita seekor anjing mati dibedil Hamas setiap beberapa jam sekali!

Masihkah kita mahu terus tidur?





Bagaimana Membuang Rasa Bosan Yang Menimbulkan Keletihan

19 01 2009

Keletihan biasanya disebabkan oleh emosi. Hanya sedikit sahaja yang diakibatkan oleh tenaga fizikal. Hal ini merupakan kenyataan yang telah lama diketahui ramai. Dr Joseph E.Barmack melaporkan di dalam majalah Archieves of Psychology bagaimana rasa bosan itu menimbulkan keletihan.

Salah satu punca utama keletihan ialah rasa bosan. Sebagai gambaran kita ambil contoh Aniza yang merupakan seorang jurutaip di sebuah jabatan kerajaan. Setiap petang apabila pulang dari pejabat, beliau berasa sungguh letih. Beliau benar-benar letih hinggakan kepalanya pening, belakang dan pinggangnya berasa sakit. Justeru itu beliau bergegas meninggalkan pejabat sejurus berakhirnya waktu bekerja. Beliau benar-benar letih sehingga tiada selera untuk makan malam.

Tetapi jam 8.30 malam suaminya balik dari bekerja dan mengajaknya keluar untuk membeli barang yang dijanjikan. Seketika itu juga mata Aniza bersinar-sinar tiba-tiba sahaja semangatnya kembali bangkit. Beliau cepat-cepat bersiap dan keluar bersama suaminya. Ketika sampai semula di rumah, beliau sama sekali tidak berasa letih. Beliau sangat seronok dan gembira.

Adakah setelah bekerja selama 8 jam, Aniza benar-benar berasa letih ? Adakah beliau cuma berpura-pura sahaja ? Tidak. Aniza benar-benar letih. Letih kerana bosan dengan pekerjaannya. Mungkin juga bosan dengan hidupnya. Di dalam hidup ini ramai yang mengalami keadaan seperti Aniza. Barangkali kita salah seorang dari mereka. Keletihan biasanya disebabkan oleh emosi. Hanya sedikit sahaja yang diakibatkan oleh tenaga fizikal. Hal ini merupakan kenyataan yang telah lama diketahui ramai. dr Joseph E.Barmack melaporkan di dalam majalah Archieves of Psychology bagaimana rasa bosan itu menimbulkan keletihan.

Beliau mengadakan beberapa penyelidikan terhadap sekumpulan mahasiswa. Ujikaji yang dilakukan oleh beliau adalah sesuatu yang tidak mereka sukai. Hasilnya para mahasiswa itu berasa letih dan mengantuk. Malah ada juga yang mengalami sakit perut. Para mahasiswa tersebut juga mengikuti ujian metabolisme (pertukaran zat). Ujian ini menunjukkan apabila seseorang berasa bosan, maka tekanan darah dan penggunaan oksigennya menurun. Sebaliknya apabila seseorang gembira dan tertarik pada pekerjaan yang dilakukannya, maka metabolisme nya akan meningkat.

Sebenarnya kita jarang berasa letih jika kita mengerjakan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Fikirkanlah, apakah keuntungan yang boleh kita perolehi bila pekerjaan itu menarik dan menyeronokkan. Ingatlah selalu bahawa ianya dapat melipatgandakan kebahagiaan hidup kita, kerana sebahagian daripada hidup kita, dihabiskan di tempat kerja. Jadi kalau kita menyukai tugas yang kita lakukan, semasa bekerja kita akan berasa bahagia. Sebaliknya jika kita tidak dapat menemui kebahagiaan dalam pekerjaan, maka kita tidak akan menemuinya di mana-mana.

Kita juga perlu ingat sekiranya kita menyukai pekerjaan maka fikiran akan menjadi tenang, kita tidak berasa bimbang dan apa yang lebih penting kita dapat melakukan pekerjaan dengan lebih baik. Sebagai seorang Islam sememangnya kita tidak mengharapkan keuntungan kebendaan, tetapi dengan menyukai pekerjaan, kita tetap akan mendapat keuntungan lain, iaitu keletihan turun ke tahap minima dan kita dapat hidup gembira dan bahagia.

Oleh : Mohd Asri bin Abdullah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

p/s: Sedikit motivasi untuk meningkatkan semangat bekerja… Biasalah hari Isnin orang pakat dok kena ‘Monday Fever‘. Saya terima artikel ini menerusi email.





Jenaka: Oh Aisyah

19 01 2009

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak…Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri….

Perompak : “Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!

Isteri : “Na..na ..na.. nama sa…sa.. saya… Aisyah”

Perompak : “Huh! Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,” lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : “Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap mangsaku sebelum kubunuh”.

Suami : “Namaku Irwan.. tapi…. semua orang memanggilku Aisyah jugak….”

Dipetik dari… Lawak Giler





Datuk Lee Chong Wei Tewas

18 01 2009

Datuk Lee Chong Tewas kepada Peter Hoeg Gade dari Denmark sebentar tadi menjadikan beliau terpaksa berpuas hati sebagai Naib Juara Terbuka Korea Siri Super 2009.

Beliau tewas 18-21,21-10 dan 17-21 dalam masa 53 minit. Apa pun Datuk Lee Chong Wei masih mengekalkan takhta nombor satu dunia walaupun tewas dan tetap masih konsisten.

Senarai Keputusan Terkini

Beregu Campuran

LEE Hyo Jung / LEE Hyo Jung [KOR] mn ANUGRITAYAWON Songphon / VORAVICHITCHAIKUL Kunchala [THA] 21-8-21-7 (0:23)

Perseorangan Lelaki

Gade Peter Hoeg [DEN] mn LEE Chong Wei [MAS] 21-18,10-21,21-17 (0:53)

Perseorangan Wanita

RASMUSSEN Tine [DEN] mn PI Hongyan [FRA] 21-19,21-19 (0:34)

Beregu Wanita

CHENG Weng Hsin / CHIEN Yu Chin [TAI] mn LEE Hyo Jung / LEE Kyung Won [KOR] 21-19, 21-8 (0:34)

Beregu Lelaki

BOE Mathias / MOGENSEN Carsten [DEN] mn Lee Yong Dae / JUNG Jae Sung [KOR] 21-12, 24-22 (0:44)

p/s: Nampaknya kali ni Denmark yang cukup dominan…