Permata Hati Part 3

30 01 2009

Malam tadi, saya dan isteri terasa begitu kesian kepada Syasya. Syasya menangis meronta-ronta tak mahu telinganya dikorek untuk buang tahi telinga. Syasya menjerit, “Sakit! Sakit!” Sekuat-kuatnya sambil menangis. Kesian pulak rasanya. Tapi langsung tak korek lagi dah kata sakit. Hehehe…

Saya mintak wife, tangguh dulu korek telinga Syasya sebab Syasya meronta tak mau, lagi pun takut bila Syasya meronta nanti bahaya pulak. Isteri saya bertegas nak korek jugak sebab dah banyak dah tahi telinga. Aduh serba salah jadinya saya. Jadi saya terpaksa pegang tangan dan kaki Syasya dan wife saya pegang kepala. Syasya meronta lagi.

Alamak kesiannya. Syasya mengalah sekejap. Elok kami nak korek telinga dia, dia tunjuk ke arah buku sambil merayu, “nak baca!”. Syasya memang pandai alih topik. Hehehe… Kami kata “OK”.

Lepas tu kami nak korek lagi, dia kata, “Nak tidor” (Maksudnya nak baring). Kemudian bila nak korek lagi, dia kata, “Nak Word World! (Kartun Kat Channel 613 ASTRO).

Adoi, pandai betoi alih topik. Bila nak korek lagi, dia bagi alasan lain pulak. Hmmm… Boleh pulak tu sambil tengah nangis bila kami mengeluh, dia terus gelak. Aih, macam main-main ja! Hehehe… Macam macam lah Syasya ni.

Last sekali kami tak jadi korek. Kena cari alternatif lain pulak, maybe ubat titik ka. Sebelum ni, Syasya ok ja kalau korek telinga. Hmmm…

Saya search di Internet, macam-macam yang saya jumpa. 

Anda ada penyelesaiannya???


Tindakan

Information

2 responses

30 01 2009
anese

Saiful..thanks sbb beri doa dan semangat buat kami. Tak tahu saiful ada blog. BTW..anak saya yg perempuan tu pun ssh juga skang ni nak kalu nak cuci telinga. Baik adik dia tahan je w/pun dia ketawa smpi mengekek sbb geli. Kakak dia dulu pn senang now nie je byk fiil. So kalau korek pun waktu dia tidur. Tapi jgn waktu dia tgh lena. Kang terjaga lak kita pulak yang tak jadi nak rehat/buat kerja. Korek time agak2 dia dah puas tidur. Kalau dia terjaga pun tak pe la sbb dah puas tidur. Tapi mungkin ssh untuk buat 2-2 belah. Jadi kena 2 roundla. But if u lucky u can do both…

1 02 2009
Saiful

Thanks Anis, sebelum ni memang mudah nak korek tapi la ni dah semakin susah. Ada juga saya baca dalam internet yang nasihatkan supaya titis ubat sahaja dalam telinga untuk lembutkan tahi telingan dan luruh sendiri. La ni wife saya buat waktu dia tidoq walaupun susah sikit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: