Kejam !

27 01 2009

Kelmarin, saya sempat menonton ASTRO AFC Channel 703 yang memaparkan sebuah dokumentari bertajuk The Biggest Restaurant. Ia memberi liputan kepada sebuah Restoran yang terbesar di China. Ia mampu menempatkan kira-kira 5000 pelanggan dalam satu satu masa, mempunyai lebih 100 bilik khas yang cukup lengkap, mempunyai tasik dan kira-kira 300 orang chef.

Seperti yang kita ketahui China merupakan salah satu destinasi bagi penggemar makanan eksotik. Di restoran tersebut kira-kira 200 ekor ular diperlukan untuk dimasak. Saya tengok pun geli. Hehehe… 

Mulanya Oklah sebab, memang makanan depa pun tapi bila ditunjukkan salah satu makanan yang mendapat sambutan pelanggan ialah makanan dari haiwan yang masih hidup! Memang kejam!

Ditunjukkan mulanya ular. Dipegangnya kepala ular itu dan kemudian dibuang kulit ular itu ketika ular itu masih hidup dan kemudian dicelur ular itu sekejap dalam air panas sambil kepala ular yang masih hidup dipegang. Selepas dicelur dengan air panas, terus dengan pantas mereka memotong ular itu kepada beberapa bahagian dan terus dimasukkan ke dalam pinggan dan ditaburkan sayuran dan sos. Memang jelas ketika itu ular yang dipotong-potong itu berdenyut-denyut lagi dan dijamu kepada pelanggan. Kejam!

Yang kedua ikan. Diambilnya ikan yang masih hidup, dibuang perut ikan itu tetapi insang dibiarkan untuk ikan itu terus bernafas. Kemudian dibuang sisik ikan dan terus disapu dengan serbuk kunyit dan terus dimasak bahagian badan dan ekor ikan itu. Kepala ikan itu dipegang oleh chef. Ikan itu masih lagi bernyawa ketika itu.  Selepas digoreng dalam masa yang pantas, diletakkan ikan itu di dalam pinggan dan ditambah sos sebelum dijamu. Ikan itu bergerak-gerak menahan sakit badannya yang dimasak. Memang Kejam!

Di mana sifat kasih sayang seorang manusia. Mengapa sanggup diseksa haiwan sebegitu walaupun memang haiwan itu adalah makanan kita? Dalam Islam sendiri diajar agar disembelih haiwan(Bagi yang perlu sembelih) atau dipastikan haiwan itu mati dahulu (bagi yang tak perlu sembelih) agar tidak menyeksa haiwan. Tetapi dalam kes semalam, memang cukup kejam.

Teringat saya kepada cerita cikgu saya dahulu yang menceritakan bagaimana seekor monyet yang masih hidup dipotong bahagian atas kepalanya untuk dijamu otaknya. Ketika itu monyet itu masih hidup dan manusia yang tiada rasa belas terus menjamah otak monyet itu ketika monyet itu masih hidup. Waktu tu saya macam tak percaya sahaja tetapi bila dah membesar, barulah saya tahu itu adalah kisah benar dan malam kelmarin dokumentari yang saya lihat mengesahkan lagi betapa kejamnya manusia!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: