Arenawati meninggal dunia

25 01 2009

25/01/2009 11:20am

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Sasterawan Negara 1988, Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia pukul 1.30 pagi ini.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pukul 12 tengahari ini untuk solat jenazah selepas waktu Zohor.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, dekat sini selepas itu – Utusan.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm (25/01/2009)

Al-Fatihah…

Advertisements




Laman Saiful & Huda

25 01 2009

Alhamdulillah… Setelah bertungkus lumus selama beberapa jam, dapat juga saya siapakan satu Laman Khusus untuk Saya dan isteri yang kami namakan sebagai Laman Saiful & Huda.

Ia khusus sebagai satu kenang kenangan kami dari mula melayari bahtera rumahtangga hingga kini dan akan datang, InsyaAllah. Walaubagaimanapun diari saya ini tetap akan beroperasi seperti biasa sebagai meneruskan pembabitan saya dalam dunia blog/jurnal sejak dari tahun 2002 lagi (Boleh rujuk Arkib dalam Link Rumah Lama).

Apa pun, ia masih lagi dalam pembinaan dan akan ada beberapa perubahan lagi yang difikirakan sesuai. Jika berkelapangan, sila lah berkunjung ke Laman Saiful & Huda. Terima Kasih 🙂