Solat Jumaat & Bersalaman Dengan Agong

23 01 2009

Hmmm… Tadi saya menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam, Taman Tenaga, Cheras. Kebetulan Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid yang sama. Apa lagi, saya terus ambil kesempatan untuk bersama-sama ribuan jemaah yang lain bersalaman dengan Agong.

Ketika waktu World Congress on Information Technology ( WCIT 2008 ) di KLCC pada tahun lepas, saya tak sempat nak bersalaman dengan Agong walaupun saya yang jaga booth sewaktu Agong melawat Booth PPUKM. Cuma my Boss ja yang sempat salam dengan Agong ketika itu Dalam gambaq kecik sebelah, saya berbaju merah hati/putih terlindung dengan boss saya.. SPB Yang Dipertuan Agong Sebelum ni pun pernah bersolat Jumaat di Masjid Taman Tenaga yang ada saya tulis dalam diari versi lama saya sebelum ini. 

Yang seronoknya tadi tengok gelagat kanak-kanak yang bersolat Jumaat semua berebut-rebut dapatkan sampul duit raya dari Agong. Depa semua seronok dapat RM4 dalam sampul kuning. Tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah gelagat dua kanak-kanak yang pada jangkaan saya berusia 9-10 tahun yang mencabar Polis Trafik agar bawak motor Trafik yang berkuasa tinggi tu. Selamba ja budak-budak tu. Hehehe… Polis trafik tu jeling semacam ja kat budak-budak tu.

Sebelum balik, saya tertarik kepada kereta peronda polis yang baru yang menggunakan kereta idaman saya Volvo S80! Bila lah saya nak dapat pakai Volvo S80…

Advertisements




Permata Hati Part II

23 01 2009

Oleh kerana saya memang minat bola, nampaknya minat saya dah turun kepada permata hati saya, Syasya Hana. Kalau game Kedah di sekitar Lembah Klang memang Syasya nak ikut sampaikan dia dah hafal nyanyi lagu biar jasa jadi kenangan.

syasyahana

Syasya Ikut Saya Main Futsal malam tadi

Kalau tengok warna hijau kuning atau bendera sahaja, dia akan sebut “Kedah” atau “Malaysia”. Game Malaysia lawan UAE hari tu pun Syasya turut serta tapi sebab Malaysia main agak boring kot dia tertidoq waktu second half.

Kalau saya pi main bola pun, memang Syasya akan ikut dan bawak bola dia sekali. Tapi kena ada geng jugaklah layan dia main. Tak pa, nanti kat rumah baru, saya nak ajaq dia main badminton pulak. Bola ni tak sesuai sangat kepada budak perempuan. Minat tak pa lah…

Memang pantang tengok bola!





Lewat

23 01 2009

Kebelakangan ni, saya beberapa kali lewat ke pejabat. Hmmm… Semuanya gara-gara nak kena hantar Syasya ke Tadika dulu. Kalau dulu 7.45 gerak dari rumah, sebelum pukul 8 dah sampai pejabat dah. Rileks ja. Tapi kali ni bila Syasya dah masuk tadika, keadaan jadi kelam kabut. Walaupun keluar jam 7.30 pagi, tapi agak susah sebab Syasya nak main-main dulu sebelum masuk kelas. Adoi!

Ada sekali tu, dia nak jalan-jalan dulu dekat kedai-kedai dekat tadika dia baru dia nak masuk tadika. Yang tu waktu awal dulu. Sekarang ni dia nak naik motor duduk di belakang! Kalau dah besar saya benarkan tapi memandangkan usianya baru dua tahun lima bulan, lebih baik duduk di hadapan agar mudah saya kawal. Selalu sangat dia minta nak duduk belakang, nak pujuk dia satu hal yang mengambil masa.

Apa pun dia memang suka ke Tadika. Alhamdulillah… 

Cuma tadika dia mula jam 9 pagi. Dan tadika dibuka dalam jam 7.30 pagi. Kalau cikgu-cikgu dia lewat, maknanya sampailah saya lewat ke pejabat. Lewat ke pejabat pun selalunya still terkawal, sebab selalunya bawah  5 minit tapi rasa macam tak best.

Rasa macam nak kena awal lagi tapi Syasya satu ja masalahnya, nak bangun pagi agak liat. Kesian pulak nak gerak anak semuda itu awal-awal pada ketika dia perlukan tidur yang cukup. Jalan yang saya nampak ialah nak kena ajak dia tidur awal. Tapi masalahnya, saya dan isteri memang ada kerja yang perlu disiapkan sebelum tidur. Jadi kalau kami tak tidur lagi, dia pun sama lah kecuali di terlalu penat.

Apa pun, saya kena fikir jalan lain agar win win situation saya dan Syasya…