Kuasa Medium Baru (Internet)

17 01 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sebentar tadi menyaksikan bahawa Medium baru (internet) kini tidak harus diperlekehkan. Medium baru ini kelihatan lebih telus dan mencabar minda walaupun begitu banyak anasir yang mungkin boleh dianggap sebagai tidak beretika tetapi kebebasan berhujah, menilai, mentafsir dan memberi pandangan menjadikan medium baru ini begitu berkuasa.

Kebanyakan pengundi muda kini sudah tidak melayan komunikasi satu hala tetapi lebih menggemari komunikasi dua hala yang membolehkan mereka berhujah dan menyuarakan pendapat mereka sekaligus dapat memberikan mereka gambaran sesuatu isu dengan lebih mendalam.

Meremehkan medium baru merupakan satu kesilapan yang amat besar bagi parti yang bertanding. Analisis Pilihanraya Umum ke-12 tempohari jelas mempamerkan betapa medium baru ini semakin menjadi alternatif bagi khalayak ramai terutamanya golongan muda.

Seharusnya pihak yang tewas mengkaji dengan jujur bagaimana untuk menjadikan medium baru ini sebagai medium yang akan memberi kelebihan kepada mereka. Pilihanraya Umum lepas telah memberikan begitu banyak pengajaran dan disusuli oleh Permatang Pauh. Kegagalan memahami isyarat ini merupakan satu malapetaka besar bagi pihak yang tewas tadi.

Zaman semakin berubah, jika dahulu begitu banyak berita disuap tanpa usul periksa kini keadaan sudah berubah. Dunia boleh diibaratkan hanya di hujung jari dan maklumat. Sebenarnya evolusi ini sudah bermula sejak tahun 1998 lagi dan ia berterusan sehingga kini.

Ia harus dinilai secara jujur agar ia dapat memberi faedah kepada pihak yang bertanding. Secara jujurnya media konvensional kini hanya dijadikan medium untuk berhibur daripada medium untuk mencari informasi!

Fikir-fikirkanlah…





Boikot Produk Sahabat Israel (US)

17 01 2009

Sama-sama Kita boikot!

Tunjukkan Kuasa Kita!





Datuk Lee Chong Wei Ke Final Terbuka Korea

17 01 2009

Update untuk peminat Badminton, Datuk Lee Chong Wei layak ke Final terbuka Korea Siri Super 2009. Dalam TV tak dak live sebab live di TV hanya shoot di Gelanggang 2. Esok akan ada live di AstroSupersport 811 bermula jam 1 tengahari waktu Malaysia.

Baru sebentar tadi Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Poland, Przemyslaw Wacha dalam saingan separuh akhir dengan 21-17, 21-12. Diharapkan Kejayaan di pihak Malaysia.

Boleh rujuk Tournament Software Untuk berita terkini…





One Day Off

17 01 2009

 

Suasana Sekitar Connectathon 2009

Suasana Sekitar Connectathon 2009

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus menghadapi MSC Malaysia IHE Conectathon 2009, akhirnya team kami (PPUKM) berjaya melepasinya dengan cemerlang.

Last year ia berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 28-29 April 2008 dan PPUKM berjaya mendapat sijil dalam profile eGL dan Clinical Summary dan sijil telah dianugerahkan pada WCIT 2008 di KLCC.

Tahun ni PPUKM sekali lagi join dengan memasuki dua lagi Profile iaitu Consistent Time dan e-Scheduling (appointment). Untuk testing ia berlangsung di MDeC, Cyberjaya pada 06 Januari 2009 dan actual event berlangsung pada 12-14 Januari 2009 di PICC.

Memang bertungkus lumus untuk melepasi ujian yang diadakan. Mulanya My Boss macam tak mahu masuk sebab tempoh yang agak singkat tetapi saya just nak cuba tengok dan Alhamdulillah berjaya. Pada awalnya ingat kot simple ja tapi bila dah sampai pada 12hb tu baru realize ia memang complicated. Adoi!

Nasib baiklah ia mampu diatasi oleh team yang join kali ini diketuai oleh Dr. Taufik, Pn. Kamariah, Abang Sharul, Gan, Joey, Saidi, Nazra and me. Tak lupa juga kepada pemandu yang sanggup tunggu kami balik sampai jam 10 malam, En. Sanusi yang juga imam Surau Ibnu Sina di PPUKM.  Tanpa kesemuanya, ia tak akan menjadi kenyataan.

Memang cukup berprestij event ni dan bagi vendor yang dapat sijil ni memang boleh jual la produk depa. Hehehe… Bagi kami di sektor awam kena buktikan juga bahawa, kami juga mampu.

Di PICC ni disediakan juga PS3 untuk sesiapa yang stress untuk melepaskan tekanan masing-masing. Hehehe… Sapa yang kaki game tu mesti rasa syok. View di PICC pun memang cantik dan menenangkan otak yang berserabut dengan coding dan masalah.

InsyaAllah, nanti HiMMS pula destinasi yang akan disinggahi pada 24-27 Febuari 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kali ni lebih mencabar sebab nak kena apply guna webservice pulak.

Apa pun semalam, My Boss giving us pelepasan tugas sebagai menghargai kejayaan kami. Alhamdulillah, bolehlah luangkan masa dengan Syasya yang cukup lama tidak dapat bersama saya. Bayangkan kadang kala dah balik lambat, dia dah tdoq. 

Lega rasanya bila dapat rehat sehari!