Sasterawan Sejati

16 01 2009

Kalau sesiapa yang pernah membaca diari saya yang lama pasti sudah terbaca tentang cerita saya tentang penulis yang saya kagumi. Salah seorangnya ialah Azizi Haji Abdullah. Saya mula tertarik dengan karya beliau apabila saya mula membaca Novel “Seorang Tua di kaki Gunung”. Sebuah cerita yang cukup memberi kesan kepada jiwa saya.

Menerusi karya tersebut, saya seolah terpaku membaca gaya tulisan beliau dan penceritaan yang menyebabkan saya rasa seolah diri saya ‘masuk’ dalam cerita tersebut. Ia saya rasa cukup segar dan indah. Apatah lagi ia dalam lingkungan negeri asal saya, ia tambah memberi penghayatan kepada saya.

Kemudian dalam almari buku ayah saya, saya terjumpa sebuah karya bertajuk “Sami Mekong” yang turut mengusik jiwa saya. Ketika itu saya baru berusia 13 tahun. Di samping itu banyak cerpen yang ditulis beliau yang menjadi tatapan saya.

Di saat itulah juga saya mengorak langkah menulis sebuah novel bertajuk “Derita Semalam” yang sampai kini saya tak terbitkan. Hehehe… Sebab manuskripnya ditulis dalam dua buah buku dan ia dihasilkan ketika saya berusia 15 tahun dan apabila dewasa, saya rasa ia bukanlah sebuah novel yang baik tetapi ia sebagai permulaan. Namun ketika begitu sibuk dalam pelbagai perkara, saya berhenti menulis hinggalah mulanya dunia blog. Saya menulis catatan yang saya namakan sebagai “Diari Saiful” sejak tahun 2001.

Ketokohan Azizi Haji Abdullah menjadikan saya memilih beliau sebagai tokoh dalam folio PMR saya dahulu. Ketika itu saya menuntut di MRSM PDRM dan saya pun berkunjung ke rumah beliau di Taman Bersatu, Kulim yang tidaklah begitu jauh dari Maktab saya.

Saya tidak dapat bertemu beliau tetapi bertemu isteri beliau yang banyak membantu memberikan input. Ketika itu juga saya dah bernekad kalau ahli kumpulan saya tak mahu ambil beliau sebagai Tokoh dalam folio Sejarah PMR, saya akan buat secara solo. Alhamdulillah ia adalah salah satu penyumbang kepada saya mendapat Pangkat “A” dalam PMR.

Sejak itu sudah begitu lama saya tidak sempat menelaah novel dan cerpen. Hanya sekali sekala kerana dunia saya banyak di HKC. Hinggalah muncul Abracadabra yang kembali mengingatkan saya kepada dunia penulisan. Blog saya yang sudah lama tidak aktif, terus saya hidupkan kembali hingga ramai pelawat setia blog saya sebelum ini tidak menyedari bahawa ia kembali aktif seperti dahulu. (Dulu tiap-tiap hari ada catatan!)

Alamak sudah lari dari tajuk… 

Kembali kepada tajuk… Ketika saya terjumpa blog Azizi Haji Abdullah, saya terus membaca blog beliau dan saya dapati lebih mudah untuk saya membeli buku menerusi beliau kerana di pasaran agak sukar untuk didapatkan. Dan saya pun telah memesan kepada beliau menerusi pos.

Kemudian, saya dihubungi oleh beliau menerusi email bertanyakan status penerimaan. Ketika itu saya masih belum menerima kiriman saya. Kemudian dalam kesibukan saya, saya terlupa langsung mengenai buku itu hinggalah saya menerima email dari beliau. Saya pun menjawab masih belum terima dan saya tak kisah kalau ia sedikit lambat.

Selepas sekian lama, ia masih belum sampai kepada saya lalu beliau menelefon saya bertanyakan sama ada saya sudah terima atau belum. Saya maklumkan untuk menyemak dengan Kaunter penerimaan di pejabat saya. 

Kemudian saya terima SMS berikut, “Saiful, macam mana, buku sampai tak? Kalau tak sampai saya nak pos esok”.

Saya pinta untuk tunggu dua tiga hari nanti untuk pastikan betul-betul buku itu tidak sampai lagi.

Kemudian SMS saya dibalas “Jangan tangguh. Saya resah kerana jadi begini”.

Kemudian selepas saya betul betul pasti kaunter penerimaan di pejabat saya tidak menerima kiriman tersebut, saya maklumkan kepada beliau. Lalu saya terima SMS berikut, “Jgn bimbang esok saya pos”.

Saya terus balas tentang simpati saya kerana beliau kerugian jika kirimkan naskhah baru sedangkan naskhah sebelum ini hilang. Serba salah jadinya saya.

Beliau mengirimkan SMS berikut “Tak pa. Saya tak niaga”

Lalu ia menyakinkan saya bahawa beliau adalah sasterawan sejati. Duit bukanlah perkara utama tetapi mesej dan kepuasaan adalah lebih atas daripada itu. Terus rasa hormat saya kepada beliau bertambah. Memang nyata beliau adalah SASTERAWAN SEJATI!

p/s: Alhamdulillah, saya dah dapat naskhah saya melalui pos ekspress pada 12 Januari lepas sambil mendapat SMS, “Baca dengan kritis!”


Tindakan

Information

2 responses

27 01 2011
Tenang | Diari Saiful - Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi

[…] saya pernah hadapi kes lebih kurang begini dua tahun lepas. Pernah saya tulis di sini. DUN Tenang, Mengurus Kewangan, PTS, […]

23 05 2011
Sama-Sama Doakan Kesihatan Azizi Haji Abdullah | Diari Saiful - Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi

[…] Sama-Sama Doakan Kesihatan Azizi Haji Abdullah Saya pernah menulis tentang Sasterawan Sejati. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: