Gaza, Palestine Disember 2008: Ulangan Kisah Sabra dan Shatila

30 12 2008

Saat saya menulis catatan ini ia sudah begitu lambat sebenarnya bagi saya sebagai respon atas pembunuhan kejam saudara kita di Palestine. Mungkin ia adalah cubaan untuk melakukan pembunuhan etnik sekaligus meluaskan lagi wilayah haram Israel.

Mengapa Israel begitu berani? Jawapannya mudah, ia disebabkan negara Islam masih lagi terperangkap dalam kelompok Asabiyah yang menebal. Pendek kata, Umat Islam tidak bersatu padu. Masing masing dengan kepentingan sendiri. 

Jika ditilik pada sudut geografi, kita boleh lihat betapa Israel cuma sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh negara-negara Islam tetapi yang besar sudah jadi Pengecut! Apabila Umat Islam berpecah belah dan tidak bersatu, ini antara musibah yang perlu ditanggung.

Israel sudah mendapat pengalaman dari kisah Sabra dan Shatila kira-kira gaza126 tahun lepas. Mereka cukup yakin bahawa mereka tidak akan disanggah oleh kuasa-kuasa besar, cuma suara-suara kecil sahaja yang akan terkehadapan melaung bantahan. Itu pun tidak sepadu mana. Tidak sehebat mana. Apa Umat Islam seluruh dunia boleh buat? Hahaha… Mungkin itu yang dikertawakan oleh pemimpin Israel.

Mereka melihat Hamas sebagai satu entiti yang harus dibendung. Mereka tidak mahu kebangkitan yang disemarakkan oleh Hamas terus meresapi sanubari setiap warga Palestin. Mereka menggunakan alasan Hamas sebagai cara menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Mereka berkomplot dengan Fatah yang mudah disogok dengan habuan dunia.

gaza3

Lihatlah bagaimana jika tidak ada perpaduan di kalangan Umat Islam, kita akan mudah dirobek-robekkan. Tambah buruk jika kita hanya sekadar melihat begitu sahaja saudara kita dibunuh sebebasnya! Langsung tidak terasa dalam hati kita kesengsaraan yang dirasa oleh saudara kita. Saudara apakah kita ini?

gaza2

Sekurang-kurangnya kita harus melakukan sesuatu tidak kiralah dengan apa cara sekalipun sedaya yang kita mampu. Tak ramai yang prihatin dengan situasi ini. Kalau ada akhbar pun, berita saudara kita yang bermandi darah di Palestine akan ditinggalkan, lebih lagi kita menjenguk ruangan Hiburan untuk mengetahui gossip gossip artis.

PALESTINIANS-ISRAELApakah apabila melihat suadara kita dibunuh kejam, kanak-kanak dan wanita tidak berdosa dihujani peluru ia langsung tidak merenggut hati kita yang paling kecil? Kadangkala saya terasa malu kepada mereka yang bukan Islam tetapi mempunyai rasa dan tindakan yang lebih bermakna daripada kita. Saya masih belum habis membaca Buku “Dari Beirut Ke Jerusalem: Sebuah kisah benar” tulisan Dr. Ang Swee Chai tetapi secara peribadi, saya berasa begitu malu dengan beliau yang jauh lebih terkehadapan membantu saudara kita di sana.

Seperti yang kita sudah jangka US di bawah pimpinan George W Bush sudah pasti berlembut dengan tindakan Israel. gaza5Itu sudah digambarkan oleh jurucakap White House dan Obama pula bila diasak wartawan tentang pendapatnya, ia terus mengalihkannya kepada pentadbiran Bush. Kalau dilihat dari respon awal Obama, rasanya tiga minggu lagi setelah beliau memasuki White House, polisi Amerika di Timur Tengah nampaknya tidak jauh berubah. Seperti sebuah harapan palsu yang dijelmakan beliau. Mungkin ramai yang meminati Obama tetapi pada saya, saya tetap prejudis terhadap beliau apatah lagi melihatkan betapa janji beliau kepada pelobi Yahudi semasa kempen beliau.

gaza7

Kembali kepada Isu di Gaza, ketika ini berlangsung sidang pemimpin teluk di Muscat, Oman. Saya sudah boleh menjangkakan apa yang bakal mereka simpulkan. gaza81Setakat mengutuk keras kematian lebih 350 warga palestin tanpa ada tindakan konkrit. Beranikah negara-negara Arab mencantas hubungan diplomatik dan lain-lain dengan Israel? Ia sekadar kenyataan untuk mengabui rakyat mereka. Sekadar kenyataan untuk melepaskan diri. Sebab itu Muammar Gadafi melabelkan pemimpin pemimpin Arab sebagai pengecut!

Saudara-saudaraku sekalian, marilah kita menginsafi setiap apa yang terjadi agar kita mampu menggerakkan dunia. Israel cuma secebis sahaja dalam dunia ini tapi mempu menggoncang dunia kerana mereka bersatu padu dan membudayakan ilmu.

Mungkin perjalanan kita akan memakan masa yang lama untuk sampai ke matlamat yang dihajati tetapi adalah malang bagi kita jika sekadar berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa.

Ulangan kisah Sabra dan Shatila mengakhiri Akhir dan Awal Tahun Hijrah! Sesungguhnya ia cukup menyedihkan…

gaza121


Tindakan

Information

One response

31 12 2008
Sinar Mentari

Entah bila Umat Islam akan bersatu padu semula seperti dahulu. Kiamat semakin hampir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: