Ngeri

15 12 2008

Ketika pulang ke kampung minggu lepas, saya teringat kisah saya sewaktu bulan Ramadhan yang lalu di Lebuhraya Utara Selatan selepas Terowong Menora. Sesiapa yang biasa drive di situ pasti sedar laluan itu agak berbahaya. Selepas Solat Subuh di Tapah, saya meneruskan perjalanan ke Penang dan selepas Terowong Menora tu, saya just main brek sahaja kerana laluan menuruni bukit.

Tapi walaupun hanya main brek, kelajuan mencecah 80/90 kmj! Pedal minyak langsung saya tak tekan. Dah lah menuruni bukit jalannya pulak bengkang bengkok. Tapi sampai satu ketika saya terpaksa ambil laluan sebelah kanan kerana bas yang menuruni bukit bergerak terlalu perlahan.

Yang cukup menyeramkan saya ialah ketika saya menuruni bukit tersebut saya melalui jalan yang bengkang bengkok tiba-tiba ada sebuah kon sempat segi melintang di tengah jalan! Kalau jalan lurus dari jauh dah boleh nampak tapi kalau bengkang bengkok, memang berderau darah jadinya.

Waktu tu kelajuan dalam 90kmj. Pada laluan kanan ada kon 4 segi. Laluan kiri ada sebuah lori tangki berada dekat kon 4 segi tersebut. Terus saya kepak stereng kereta saya ke kiri dan perbetulkan agar ia lurus pada laluan kiri dan ketika melepasi kon 4 segi tu, saya hampir merempuh lori tangki tersebut dan saya dengan pantas kepak stereng ke kanan dan dalam kelajuan yang sukar dikawal itu saya hampir merempuh pembahagi jalan simen di sebelah kanan tetapi saya sempat kawal stereng agar kembali lurus.Ā 

Alhamdulillah, saya berjaya. Ia berlaku sekelip mata dan selepas saya berjaya kawal kenderaan seperti biasa, saya rasa macam jantung saya berhenti berdegup! Terlalu pantas. Wife saya tanya, “Awat, Abang?” sebab dia rasa kereta melelong manakala adik ipar saya yang sedang tidur langsung tak sedar apa-apa.

Saya rasa kon itu melintang di tengah jalan kerana ada yang terlanggar hingga menyebabkan ia melintang di tengah jalan. Memang bahaya! Mujurlah ketika itu saya baru sahaja servis kereta termasuk tukar 4 tayar, minyak brek, brek, Spring, alllignment and balancing dll yang memakan kos lebih kurang RM1.5K.

Alhamdulillah semuanya selamat, tapi setiap kali saya lalui laluan tu, memang hati saya berdebar-debar… Kena sentiasa beringat di jalan raya.





Kesabaran

15 12 2008

Hmmmm… Saya kadangkala terlalu inginkan cepat capai sesuatu hasil. Ini yang harus saya kawal. Contohnya macam bila buat coding, nak tengok hasil secepat mungkin dan nak siap cepat sedangkan ia memerlukan ketelitian sebelum dapat kita lihat hasilnya. Hehehe…

Selalu saya didik diri saya agar bersabar dulu dan tunggu hasilnya kemudian. Memang inilah yang harus dilakukan untuk capai kejayaan. Kejayaan bermula dari langkah pertama, kemudian kedua, ketiga dan seterusnya sampai ke destinasi tapi kadang kala dalam diri saya macam nak lompat terus ke destinasi untuk terus berjaya. Hehehe…

Saya just tulis ini untuk ingatkan diri saya, kalau nak berjaya ia bermula dari langkah pertama dan ia memerlukan kesabaran.

Doakan saya berjaya, InsyaAllah… Terima Kasih