Penangan JDev 11G

3 12 2008

Adoi… Pening betul kepala memikirkan tentang JDeveloper 11G ni. Saya mula kenal dengan JDeveloper pada version 9 kemudian version 10.1.2 sebelum saya gunakan version 10.1.3 dengan lebih lanjut. Elok guna 10.1.3 keluaq pulak version 11G Technical Preview dan saya guna version Technical Preview 4. Bila guna Technical Preview 4 dah mula selesa keluar pula Jdeveloper 11G Production Release 1. Adoi nak kena catch up dengan yang baru pulak!

Memang la ni dok bertungkus lumus memahami JDeveloper 11G ni. Dari segi business layer, rasanya tak begitu mendatangkan masalah tetapi di presentation layer memang agak memeningkan. Kalau dulu bila boleh selit coding di presentation layer, rasa macam free untuk buat apa saja tapi bila banyak nak kena configure berbanding coding, dah jadi kekok mencari.Ā 

Saya sedang develope template project. Mulanya nampak simple tapi bila dok start mula, terasa betapa rumitnya nak buat. Kena tahu komponen sebaik mungkin baru mudah nak settle. Semuanya kelihatan baru bagi saya, memang puas nak explore apatah lagi saya kena siapkan awal di presentation layer. Adoi peningnya kepala!

Tambah pula lepas sahaja run kena restart balik PC. Kalau ikutkan requirement PC saya, kira ok la. Pentium IV 3.20GHz, RAM 2.0GHz, Hard Disk 120GB using Windows XP Pro Version 2002 Service Pack 2. Tapi bila kena penangan JDeveloper 11G memang cukup terasa sebab minimum requirement untuk RAM kena dalam 2.0GB. Saya just at minimum level. Processor pulak seeloknya Dual Core baru kena.

Apa pun ini satu cabaran yang harus saya tempuh. Dah mula dapat sikit demi sikit apa yang perlu cuma kekurangan resources sebab benda ni masih baru. Oh lupa nak inform kepada yang tak mengerti apa itu JDeveloper. JDeveloper adalah satu tool untuk membangunkan sistem menggunakan Java sebagai bahasa pengaturcaraan. Ia dimiliki oleh Oracle. Ada banyak lagi tool yang berasaskan java seperti JCreator, Rational dll.

La ni yang saya tengah kaji lanjut adalah komponen Panel Strecth Layer, Panel Splitter dan Panel Collection. Mungkin berguna dalam bahagian yang ingin saya bangunkan. Sesiapa ada idea? Mai tolong saya. Nanti saya belanja. Hehehe…





Pelanduk Dua Serupa

3 12 2008

Mungkin bagi yang selalu membaca blog saya sebelum ini sudah pun tahu cerita yang ingin saya sampaikan. Ia kembali segar dalam ingatan saya apabila saya menghadiri kenduri adik angkat saya di Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan Ahad lalu.

Mak Angkat saya maklumkan kepada saya yang mulanya dia tersentap menatap wajah saya dan nak luruh jantung tetapi disebabkan dia ingat saya, dia rasa lega kembali. Apa masalahnya? Bagi yang dah baca sebelum ni pasti tahu.

Selesai saya makan, ramai adik beradik keluarga angkat saya berkumpul di meja kenduri. Di suatu sudut saya menyaksikan seorang wanita menangis dan saya kenal benar wanita itu. Serba salah jadinya saya. Saya sukar nak beri reaksi ketika itu dan benar-benar rasa bersalah dan tak tahu nak buat apa tetapi saya tenangkan diri saya.

Wanita itu adalah adik ipar mak angkat saya yang arwah suaminya mereka dakwa sama seperti wajah saya. Hmmm dan ahli keluarga mereka pun mengatakan perkara yang sama. Saya dapat merasai betapa pilunya hati seorang wanita yang kehilangan suami yang amat dikasihi tetapi kemudiannya tersjumpa seorang lelaki yang amat mirip dengan wajah arwah suaminya.Ā 

Kata mereka, cara saya senyum, jalan, bercakap saling tak tumpah seperti arwah. Itu menjadikan saya bertambah serba salah dan saya rasa sedikit sebak. Tapi semua itu adalah kuasa Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Tetapi tangisan wanita itu memang tidak dapat saya lupakan…