Petrol, diesel turun 10 sen esok

2 12 2008

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa esok. 

-Berita Harian Online-

Ini bermakna harga Petrol akan turun kepada RM1.90 seliter mulai esok.





PERSEKITARAN BOLEH PENGARUHI PERIBADI

2 12 2008

NAGEDEF? Saya menyapa sekelompok pelajar dari Afrika yang berbual di Koridor kampus baru Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di Gombak. Mereka menjawab dalam keadaan terperanjat:”Anggifirek!”. Ada orang Melayu bercakap bahasa mereka.

Saya menambah:”Nage Jangge?” yang dijawab mereka dengan “Bahnah”. Keempat-empat perkataan asing ini maksudnya “apa khabar”,”baik”,”bagaimana pelajarannya”,”boleh tahan” secara berurutan dalam bahasa Olof yang digunakan di Senegal dan Gambia di Afrika Barat di samping bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris.

Saya tahu kumpulan pelajar dari Afrika Barat itu kerana saya memang faham dan boleh bertutur sedikit-walaupun sekarang mulai luntur kerana tidak digunakan-dalam bahasa mereka yang saya perolehi daripada pergaulan saya dengan pelajar Afrika Barat khususnya Senegal ketika di Kuwait dahulu.

Menyentuh soal Senegal, saya teringat seorang pelajar remajanya yang menggemparkan sekolah kami, Religious Institute atau al-Ma’had ad-dini dekat Qurtubah, Kuwait pada akhir dekad ke 70-an. Waktu itu kami dipanggil untuk meyaksikan demonstrasi ujian kemampuan seorang pelajar baru yang disebut ” anak mukjizat” dari Senegal bernama Ahmad Makmum Ndai di bilik pengarah institut.

Maka berkumpullah guru tahfiz al-Quran dan bahasa Arab yang dipengurusi oleh pengarah institut untuk menguji kehebatan Ahmad dengan disaksikan semua pelajar.

Mula-mula dia diuji kemahiran menghafaz 30 juzuk al-Quran oleh tiga guru tahfiz. Ahamad diuji dari permulaan al-Quran, tengah dan penghujungnya dari tiga arah penanya. Bahkan dia diuji dengan permintaan unik seperti meneruskan ayat yang sebelumnya dibaca bahagian akhirnya saja selepas penetapan surah. Ini suatu hal yang luar biasa. Tapi bagi Ahmad ia makanan hariannya.

Lulus tahap pertama masuk ke tahap kedua iaitu pengujian bidang menghafaz rujukan bahasa yang difokuskan kepada kitab Alfiah Ibni Malik dan Maqamat Harirriyah. Kitab pertama adalah kumpulan seribu bait syair yang dikhaskan untuk ilmu nahu manakala kitab yang kedua kumpulan esei hikmah dalam bentuk bahasan yang memuat seluruh perkataan al-Quran kecuali perkataan damdama dalam surah asy-Syams ayat 14. Guru bahasa Arab yang sememangnya Arab bersiap menguji tetapi masing-masing memegang kedua-dua kitab berkenaan kerana mereka tak hafal atau lupa.

Maka dimulalah dengan permulaan kitab Alfiah yang berbunyi kalamuna lafzun mulfiidun kastaqim yang disambung Ahmad sampai ditanya bait yang lainnya dari kiri dan kanan, tengah, depan dan belakang. Kemudian kitab Maqamat Harirriyah dan lulus.

Akhirnyasemua penguji menguji bersama kehebatan Ahmad serentak. Yang seorang bertanya ayat kemudian yang lain menyambungnya dengan Alfiah dan Maqamat atau sebaliknya. Ahmad pun lulus dan mendapat pujian dan akhirnya dijadikan anak angkat Menteri Kesihatan Kuwait, Dr. Abdul Rahman al-Awadhi.

Dengan kehebatan demikian,secara logiknya tidak mungkin dia tergelincir daripada ajaran Islam. Dengan latar belakang remaja al-Quran ini yang hidup dengan disiplin orang tua yang disegani di Senegal sejak turun temurun kerana terkenal dengan keluarga Huffaz, secara alamiahnya tidak mungkin  meninggalkan ajaran Islam.

Tetapi logik dan ilmiah di atas hanyalah sebuah teoti jika persekitaran dibiarkan bermaharajalela apatah lagi dengan berjauhan daripada kawalan keluarga. Contohnya, Ahmad sahabat saya itu.

 Selepas terlepas daripada kawalan keluarga dan hidup di persekitaran ramai pelajar Senegal yang tidak sihat di Kuwait akhirnya Ahmad bertemu dengan teori “cogotonya”. D’Carte yang membawanya untuk melupakan dirinya mencapai suatu realiti . Dia lupakan Alfiah dan Maqamat. Dan dia ketepikan hafaz al-Qurannya. Dalam beberapabulan sahaja Ahmad sudah berubah 180 darjah. Ahmad pada waktu itu bukan lagi Ahmad ketika ia datang dulu. Ahmad sudah menjadi seperti orang barat yang hidup di Timur atau orang Timur yang berkehidupan ala Barat bahkan lebih teruk. Akhirnya dia gagal dalam pelajarannya.

Tetapi, selepas alam persekitarannya berubah lagi, kawan-kawannya banyak yang mencemuhnya. Dia pun sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia kembali belajar di Religious Institute selepas meninggalkannya untuk belajar di Asma’i Secondary School for Boys kerana mengejar angan-angan “cogotanya”. Dengan susah payah dia cuba memulihkan cedera akliahnya dan sampai 1990 kali terakhir kami bertemu di pameran buku tahunan Kuwait dia masih mencuba dengan menerima tawaran dari Kementerian Waqaf Kuwait untuk menjadi imam di salah sebuah masjid di Washington, merika selepas tamat Maktab Pendidikan.

Dia begitu menyesal kerana tertipu oleh kembohongan memburu cita-cita kehidupan bebas yang dipengaruhi persekitarannya.Dia sangat menyesali dirinya kerana tak mengendahkan nasihat dan teguran keluarganya.

Untuk itu, ajakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu agar sekolah melanjutkan aktivitinya dan keluarga memperhebatkan kawalan dan arahannya pada musim cuti sekolah dengan program berfaedah mesti kita ambil kira dengan saksama agar tunas bangsa yang tidak terperangkap dalam gejala sosial yang semakin merunsingkan kita.

(Dipetik daripada Berita Harian Jumaat 15 November 1996 Oleh Abdulrrahman Haqqi Dalam Ruangan Iqra’) dan pernah juga saya siarkan dalam diari saya terdahulu.





Jupiter + Venus + Bulan = Senyuman

2 12 2008

Malam tadi, sewaktu hendak keluar makan bersama keluarga, saya bawa Syasya ke kereta dahulu sementara wife saya bersiap di atas. Sesampainya di kereta, saya dapati saya terlupa membawa kunci kereta dan terus saya telefon isteri untuk bawa kunci kereta. Jadi sewaktu malam yang boleh dilakukan cuma merenung awan dan kebetulan nampak seperti wajah senyum (lihat foto)

. Saya pun tunjukan kepada anak saya, Syasya Hana dan dia terus nyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star. Hehehe… Saya nak tunjuk wajah senyuman di angkasa, dia nyanyi lagu pulak. Hehehe… Baru dua tahun dan masih belum mengerti sepenuhnya.

Rasa kagum dengan ciptaan Allah, SubhanAllah Maha Suci Allah cuma saya terlupa bawa kamera dan foto yang ada ini adalah dari web Here’s To Life

Sebenarnya bila saya teringatkan apa yang dapat saya lihat malam tadi, terus saya buat pencarian di Internet dan saya jumpa blog tersebut. Ia menerangkan fenomena tersebut berdasarkan petikan ini “In astronomy-speak, it is called a planetary conjunction — when the planets seem closest to each other. The National Geographic News article ” Planets, Crescent Moon to “Frown” on Skywatchers Dec. 1″“.

Itu cuma secebis keindahan yang Allah ciptakan untuk kita menghayati betapa Kebesaran Allah seharusnya membuatkan kita terasa maha kerdil lantas terus mengabdikan diri kepada Allah. Kita cuma menumpang buat mencari sekelumit bekalan di akhirat kelak. Sama-samalah kita memperingati diri kita sendiri, moga-moga kita berada di landasan yang tepat.

Mungkin ramai yang dapat menyaksikan peristiwa tersebut malam tadi!





Penat, Letih dan Sakit Badan

2 12 2008

Hmmm… Memang cukup penat tetapi enjoy dan puas. Alhamdulillah perjalanan yang cukup mencabar tetapi semuanya selamat. Saya sebenarnya ke Gunung Ledang pada Sabtu dan Ahad lepas untuk menghadiri family daya Jabatan saya. Pagi Sabtu saya dah kelam kabut berurusan dengan Pejabat pos untuk renew lesen L wife dan booking test di Sekolah Memandu. Patutnya pukul 10 bertolak, saya terpaksa bertolak jam 11.

Hmmm… Jalan nak masuk tol Sungai Besi agak sesak tetapi disebabkan saya gunakan kad Touch n Go, ia jadi lebih lancar. Saya mulanya ingat rakan-rakan konvoi dah lepas Tol Ayer Keroh tetapi rupanya saya yang sampai dulu di Gunung Ledang Resorts. Hmmm… Suasana memang ok tapi best lagi Kalumpang.

Sukaneka Family day memang menguji ketahanan fizikal. Memang sakit badan, nasib baik menang tarik tali. Hehehe… Dah berapa banyak kali dah menang tarik tali. Hehehe.. Tengok badan lah… Kemudian sempat mandi air terjun sekejap. 

Keesokannya, selepas check out saya terus ke Gemas. Saya tak berapa sure jalan biasa, terus masuk tol Tangkak dan keluar Tol Alor Gajah. Lagi jauh jadinya nak ke Gemas. Apa pun Alhamdulillah selamat sampai. Tahniah Aidah dan pasangan. Moga bahagia selamanya. Dah dua tahun lebih saya tak ke Gemas ke  rumah keluarga angkat saya. Sejak tahun 1999, ni kali keempat.

Bila perjalanan balik, ada kemalangan sebelum Tol Seremban Port Dickson. Rasanya 6 biji kereta terlibat dan memang cukup sesak sampaikan saya boleh tarik hand brake lagi. Nasib baik ada DVD, boleh lah rest sat. Kemudian singgah solat di RnR Seremban sebelum bertolak sampai rumah kira-kira jam 10 malam.

Aduh Letihnya… Esok kena kerja!