Gila, Kejam dan Tak Berperikemanusiaan

27 11 2008

Malam tadi sewaktu saya surf ada saya terlihat online news tentang India. Saya tak dan baca habis tapi yang tertulis kat Tajuk ialah Taj Mahal dan Oberoi. Lepas tu saya baca sekali lagi online news di pejabat terkejut bila baca tentang kes rampasan hotel oleh kumpulan pengganas yang menembak membuta tuli hingga sekurang-kurangnya 80 orang meninggal di Mumbai.

Ada tajuk Terror Strikes Mumbai Again – http://broadband.indiatimes.com/toishowvideo/3762676.cms

Memang mengejutkan dan saya memang tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian walaupun ia berhasrat untuk mendapatkan keadilan. Ia bukan caranya. Kumpulan pengganas didakwa sebagai kumpulan Muslim dan kita sebagai muslim tidak harus mengmabil langkah sedemikian. Islam agama keamanan. Islam tidak mengajar kita membunuh membabi buta.

La ni difahamkan sejumlah mangsa masih lagi menjadi tawanan dalam Hotel mewah berkenaan. Memang isu ini akan diajadikan modal oleh musuh Islam untuk terus memerangi umat Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak bersatu. Kita ditindas walaupun ramai.

Apa pun kita tunggu dan lihat kes di Mumbai ini bagaimana ia akan berakhir. Adakah seperti dalam filem hindustan?


Tindakan

Information

One response

1 11 2009
Ahmad Nizam

Salaam. Tu la, tak sepatutnya tindakan begitu diambil, na’uzubillah. Islam tidak mengajar kita menyerang membuta tuli begitu. Kerana perkara2 begini lah biasanya umat lain pandang serong pada Muslim, sedangkan kemungkinan ini agenda sesetengah pihak lain.

Jazaakallahu khoirol jazaa’ 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: