Alor Setar vs Alor Star

25 11 2008

Secara Peribadi, saya tidak bersetuju nama Alor Setar diubah kepada Alor Star. Namun ia telah diubah pada 21 Disember 2003 dan saya masih lagi menulis Alor Setar bukannya Alor Star. Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi bagi saya nilai sejarah yang ada harus dikekalkan keasliannya.

Mungkin perkataan ‘star’ itu diambil untuk menunjukkan bintang yang nampak macam glamor dan eksklusif tetapi dari segi sejarah Alor Setar bermula dari sebuah Alor yang terdapat di situ pokok Setar atau dalam bahasa saintifiknya “Bouea macrophylla”.

Jadi menukar Alor Setar kepada Alor Star adalah tidak relevan sama sekali dan sedikit sebanyak boleh menghakis nilai sejarah yang ada pada nama Alor Setar. Bila masa berlalu nanti, anak cucu akan tanya kenapa nama Alor Setar. Alor Bintang ka?

Bagi saya biarlah keaslian nilai sejarah itu dikekalkan. Seingat saya ramai yang menentang tetapi Kerajaan Negeri Ketika itu masih lagi mengekalkan nama Alor Star sebagai nama baru. Mungkinkah kerajaan Negeri baru kali ini akan melihatnya sekali lagi?

Pada saya Alor Setar tetap Alor Setar! Bukan Alor Star!


Tindakan

Information

One response

15 01 2009
Alor Star dieja “Alor Setar” semula « Diari Saiful ::: Suatu Bingkisan Riwayat Hidup :::

[…] p/s: Alhamdulillah… Anda boleh baca semula keluhan hati saya dalam entry kira-kira dua bulan lepas. Akhirnya ia kembali seperti yang sepatutnya! Tahniah Kerajaan Kedah! – Baca sini… Alor Setar vs Alor Setar. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: