Alor Setar vs Alor Star

25 11 2008

Secara Peribadi, saya tidak bersetuju nama Alor Setar diubah kepada Alor Star. Namun ia telah diubah pada 21 Disember 2003 dan saya masih lagi menulis Alor Setar bukannya Alor Star. Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi bagi saya nilai sejarah yang ada harus dikekalkan keasliannya.

Mungkin perkataan ‘star’ itu diambil untuk menunjukkan bintang yang nampak macam glamor dan eksklusif tetapi dari segi sejarah Alor Setar bermula dari sebuah Alor yang terdapat di situ pokok Setar atau dalam bahasa saintifiknya “Bouea macrophylla”.

Jadi menukar Alor Setar kepada Alor Star adalah tidak relevan sama sekali dan sedikit sebanyak boleh menghakis nilai sejarah yang ada pada nama Alor Setar. Bila masa berlalu nanti, anak cucu akan tanya kenapa nama Alor Setar. Alor Bintang ka?

Bagi saya biarlah keaslian nilai sejarah itu dikekalkan. Seingat saya ramai yang menentang tetapi Kerajaan Negeri Ketika itu masih lagi mengekalkan nama Alor Star sebagai nama baru. Mungkinkah kerajaan Negeri baru kali ini akan melihatnya sekali lagi?

Pada saya Alor Setar tetap Alor Setar! Bukan Alor Star!





Asal Usul Alor Setar

25 11 2008

 

Alor Setar sudah sekian lama berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah. Pada 2 Jun 1990 bandar ini merayakan ulang tahunnya yang ke-250. pembukaan Alor Setar bermula di kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala Alor Malai. Kawasan tebing Sungai Kedah itu sepanjang kira-kira satu perempat kilometer. Kawasan itu hanya perkampungan kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah kayu beratap rumbia semasa Sultan Muhammad Jiwa Azilin Muazzam Shah pertama kali menjejaki kaki di situ. Namun demikian, Sultan Kedah yang ke-19 itu sangat tertarik hati pada kedudukan kampung tersebut. Baginda kemudian berkenan untuk memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Istana Bukit Pinang ke kampung itu. Sejak dari itu kampung tersebut mula membangun dan terus menjadi tumpuan penduduk negeri Kedah.

‘Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai cuma disebut ‘alor’. Perkataan ‘alor’ itu tidak digunakan sebagai nama tempat tetapi sebagai pernyataan rupa bumi di situ. Maka kawasan di kuala alur itu disebut ‘kuala alor’. Apabila orang Cina sampai ke situ mereka menambahkan perkataan ‘Malai’ di hujung ‘alor’ untuk membayangkan bahawa kawasan di tebing alur itu didiami oleh orang Melayu. Pada masa sebelum Siam menyerahkan Kedah kepada Inggeris pada tahun 1990, pangkalan di Kuala Alor itu sudah maju dan sibuk. Orang Melayu menggunakan pangkalan itu untuk memunggah barang dagangan yang dibawa dari Kuala Kedah. Perahu-perahu yang singgah di pangkalan itu dikatakan ditambat pada mana-mana pokok yang berdiri di tebing alur. Akan tetapi ceritanya berlainan ketika orang Melayu baru memulakan perkampungan di situ. Ketika itu perahu tidak banyak dan di tebing kuala alur itu terdapat sebatang pokok setar (juga disebut kundang) yang sangat tegap kedudukan pokok setar di tebing itu memudahkan pendaratan. Pada pokok setar itulah lazimnya perahu-perahu yang menggunakan pangkalan itu ditambat. 

Akhirnya perkataan ‘setar’ sempena nama pokok itu dicantumkan dengan ‘kuala alor’ untuk menghasilkan nama Kuala Alor Setar. Perkataan ‘kuala’ kemudian digugurkan daripada nama itu apabila kawasan perkampungan itu meluas dan pergantungan penduduk pada pangkalan itu menurun. Sehingga kini tiada seorang pun yang mengetahui bagaimana percantuman nama itu berlaku dengan lebih tepat. Menurut satu cerita, percantuman itu berlaku semasa seorang penduduk kampung itu berbual dengan kenalan barunya di Kuala Kedah. Selepas selesai menjual hasil kebunnya dipekan itu, dia berehat ditepi sungai untuk memulihkan tenagannya sebelum mudik ke kampungnya semula. Di situ dia didatangi seorang pemuda yang sedang mencari perahu untuk ditumpang balik ke kampungnya yang tidak jauh dari Kuala Kedah. 

“Hendak ke mana?” Tanya pemuda itu. “Kuala Alor,” jawab pemilik perahu itu. “Kuala alur?! Alur mana?” Tanya pemuda itu lagi. Termenung sebentar pemilik perahu itu. Kuala Alor yang mana lagi? Kemudian dia menjawab: “Kuala Alor… dekat pokok setar di hulu sungai!” “Ah, kuala alur setar!” Sejak dari peristiwa itu nama Kuala Alor Setar mula digunakan, tetapi tidak lama selepas itu ‘Kuala’ digugurkan.

source: http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=41&spesifik_id=143§ion=sm03 (25/11/2008)





Selamat Hari Lahir

25 11 2008

Selamat Hari Lahir ke-24 buat adik saya Mohd Faizol. Dalam family saya semua lahir di Kedah kecuali Faizol yang lahir di Hospital Temerloh Pahang. Waktu tu kami dok kat Jerantut pada tahun 1984. Elok sahaja bagun pagi, saya perasan yang mak dan abah saya tak ada. Jadi saya gerakkan adik saya, Shaukhi.

Lepas tu abah balik dan bawak pi makan Roti Canai sambil abah habaq, kami dapat adik baru. Lepas tu tahun 1985, kami kembali ke Kedah dan semua adik-adik yang lain lahir di Kedah. Faizol ni anak ketiga dari enam beradik.

Memandangkan dia seorang sahaja yang lahir di Pahang, dia sahaja yang lain sikit. Adik beradik yang lain semua agak berisi tapi Faizol memang kurus. Paksa dia makan lebih, lepas tu muntah balik. Hehehe…

Selamat Hari Lahir, Semoga Berjaya dalam hidup!

p/s: Ralat… Saya jadualkan semula sebab terbalik pulak tarikh lahir adik saya ni. Hehehe… Sorry…