Vandalisma

17 11 2008

Saya sering berasa tidak selesa ketika mengambil dan menghantar anak saya ke rumah pengasuh di Flat Sri Penara Bandar Sri Permaisuri. Sebabnya ialah terlalu kerap lif blok A rosak. Terlalu kerap. Diulangi sekali lagi terlalu kerap! Hinggakan saya terpaksa menaiki tangga. Macam saya masih lagi OK sebab hanya ke tingkat 5 tetapi bagaimana pula dengan yang berada di tingkat 17?

Saya bukan tidak biasa menghadapi kesusahan malah sejak kecil pun saya dah cukup kerap bergelumang dengan kesusahan. Namun jika kesusahan itu ciptaan sendiri, ia cukup saya benci. Kerosakan lif sebenarnya disebabkan sikap vandalisme penduduk Sri Penara sendiri terutamanya kanak-kanak.

Kalau saya naik lif saya terpaksa memilih lif yang boleh ditekan nombor lima. Ada lif yang tidak dapat ditekan nombor lima nya! Untuk pengetahuan di Sri Penara setiap blok ada tiga lif beroperasi. Biasanya hanya dua sahaja yang beroperasi. Satu lif dikhaskan untuk ke semua tingkat dan dua lif untuk ke tingkat genap. Bayangkan kalau lif ke tingkap genap rosak, kasihan penduduk yang mendiami tingkat genap.

Banyak pengalaman yang saya pernah lalui dengan Lif yang rosak ni. Salah satunya bila nak turun tak dapat ditekan Label “G” (Ground Floor). Jadi sampai sahaja ke tingkat 3 ia berhenti dan terus naik kembali ke tingkat 17! Bayangkan berapa lama kena tunggu! Saya tak pasti mengapa ada insan yang sanggup melakukan vandalisma!

Saya cadangkan kepada pengurusan Penara agar meletakkan kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam Lif agar dapat dikesan sesiapa yang melakukan vandalisma ini. Ia juga terjadi di Lif Apartmen saya tetapi terkawal dan tak sampai menyusahkan secara kerap. Tetapi di Sri Penara memang agak kritikal. Sesuatu harus dilakukan. Jika tidak bila ada kes kecemasan, memang cukup menyusahkan!

Bukan sahaja di Sri Penara tetapi juga harta benda awam di mana-mana pun harus sama-sama kita pelihara demi kepentingan bersama.


Tindakan

Information

2 responses

12 04 2009
ibnukhaldun

Mana-mana tempat pun sama, samada sri penara atau mana-mana tempat (sri penara bukan Flat tapi rumah pangsa atau dikenali apartment) apa yang penting pengurusan mesti ambil berat hal penduduk, bukannya kerja kutip duit penyelenggaraan jer, duit dah banyak, lepas tu dok diam jer.

12 04 2009
saifulazrul

ibnukhaldun,

Benar, Tetapi berdasarkan pengalaman saya, Management kalau diterajui bersama oleh persatuan penduduk, lebih proaktif berbanding management yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

CCTV adalah salah satu penyelesaian…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: